Portugal Umun Skuad 26 Pemain EURO 2020

Juara bertahan, Portugal telah mengumumkan 26 pemain skuad rasmi untuk kejohanan European Championship (EURO) 2020 dengan barisan pemain yang agak menggiurkan dan boleh tahan padunya.

Portugal membariskan nama-nama besar seperti Ruben Dias, Bernardo Silva, Joao Cancelo, Cristiano Ronaldo, Bruno Fernandes dan juga Joao Felix.

Pada EURO edisi 2016, Cristiano Ronaldo telah mencipta rekod sebagai pemain pertama menjaringkan gol di empat Edisi EURO yang berlainan, EURO 2004, EURO 2008, EURO 2012 dan EURO 2016.

Ronaldo mampu melebarkan rekod kepada lima edisi EURO berlainan jika terus meledak di EURO 2020 dan rekod ini akan mengambil masa yang lama untuk dipecahkan.

Semua pemain yang menjaringkan gol di tiga edisi EURO berlainan sudah bersara mereka adalah Nuno Gomes (Portugal), Thierry Henry (France), Zlatan Ibrahimović (Sweden), Jürgen Klinsmann (Germany), Hélder Postiga (Portugal) dan Vladimír Šmicer (Czech Republic).

Ronaldo menjaringkan gol pertama di Euro pada 2004 ketika tewas 1-2 kepada Greece dalam perlawanan peringkat kumpulan dan menjaringkan satu lagi gol di separuh akhir menentang Belanda.

Empat tahun kemudian Ronaldo sekali lagi meledak tetapi hanya satu gol sahaja pada Euro 2008. Sementara itu pada Euro 2012 Ronaldo menjaringkan 3 gol dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan bersama Mario Gomez dan Mario Mandzukic.

Pada EURO 2016 tiga lagi gol telah dijaringkan oleh Ronaldo dan mencipta sejarah membawa Portugal memenangi kejuaraan Eropah pertama.

Cristiano Ronaldo – Gol di empat Edisi EURO

EURO 2004 v Greece, Netherlands – 2 gol
EURO 2008 v Czech Republic – 1 gol
EURO 2012 v Netherlands (2), Czech Republic – 3 gol
EURO 2016 v Hungary (2), Wales – 3 gol

Bekas pemain Wolverhampton Wanderer, Diogo Jota yang kini beraksi bersama Liverpool turut disenaraikan walaupun mengalami kecederaan ketika menang 2-1 menentang West Brom.

Kembimbangan awal tercetus tentang status kecederaan Jota yang memungkinkan beliau tidak beraksi di EURO, namun kenyataan Jurgen Klopp telah memberi kelegaan.

“Jadi, ada peluang kecil untuknya hujung minggu, tetapi ia bergantung pada bagaimana peningkatannya sekarang. Kita harus melihatnya.” ujar Klopp ketika ditanya mengenai ketersediaan Jota untuk perlawanan terakhir musim ini.

“Ini jelas merupakan berita baik untuk Portugal dan Diogo sendiri, dengan Euro sama sekali tidak berada dalam bahaya. Itu bagus, tetapi jika cukup baik untuk kami, kita akan lihat.”

Jika Jota mempunyai peluang walaupun sangat kecil untuk beraksi bersama Liverpool dalam perlawanan terakhir, maka tiada masalah untuk Jota beraksi di Euro yang akan berlangsung dalam tempoh tiga minggu lagi.

Portugal berada dalam kumpulan F maut dengan lawan agak kental bersama Perancis juara dunia, kejuruteraan Jerman dan Hungary yang akan menjadi lawan pertama pada 15 jun 2021.

Latihan pusat Portugal akan bermula pada 27 mei ini dan akan beraksi di dua perlawanan pemanas badan menentan Sepanyol pada 4 jun dan Israel pada 9 Jun.

Berikut merupakan senarai penuh 26 pemain yang disenaraikan oleh Fernando Santos yang membaris 3 penjaga gol, 6 pemain pertahanan, 8 pemain tengah dan 9 pemain penyerang.

Penjaga Gol (3 Pemain):

1. Anthony Lopes (Olympique Lyon)
2. Rui Patrício (Wolverhampton Wanderers FC)
3. Rui Silva (Granada CF)

Pemain Pertahanan (6 Pemain):

4. João Cancelo (Manchester City)
5. Nélson Semedo (Wolverhampton Wanderers FC)
6. José Fonte (LOSC Lille)
7. Pepe (FC Porto)
8. Rúben Dias (Manchester City)
9. Nuno Mendes (Sporting CP)
10. Raphael Guerreiro (Borussia Dortmund) ;

Pemain Tengah (8 Pemain):

11. Danilo Pereira (PSG)
12. João Palhinha (Sporting CP)
13. Rúben Neves (Wolverhampton Wanderers FC)
14. Bruno Fernandes (Manchester United FC)
15. João Moutinho (Wolverhampton Wanderers FC)
16. Renato Sanches (LOSC Lille)
17. Sérgio Oliveira (FC Porto)
18. William Carvalho (Real Betis Bolompié);

Pemain Penyerang (9 Pemain):

19. Pedro Gonçalves (Sporting CP)
20. André Silva (Eintracht Frankfurt)
21. Bernardo Silva (Manchester City FC)
22. Cristiano Ronaldo (Juventus FC)
23. Diogo Jota (Liverpool FC)
24. Gonçalo Guedes (Valencia CF)
25. João Félix (Atlético Madrid)
26. Rafa Silva (SL Benfica).

Jurulatih:

Fernando Santos

BACA:  Ronaldo Catat Sejarah Muncul Penjaring Kedua Terbanyak Di Peringkat Antarabangsa