Tommy Power Ranger Hijau Merupakan Petarung MMA Dengan Rekod Kemenangan 100%

Power Ranger Hijau atau Tommy Oliver mempunyai kerjaya sebagai Petarung Mix Martial Art (MMA) yang cemerlang dengan rekod kemenangan 100 peratus selepas pencen daripada menjadi Power Rangers dalam rancangan bersiri tersebut.

Nama sebenar Power Ranger Hijau ini adalah Jason David Frank dan beliau mula mencipta nama apabila memegang watak Tommy Oliver dalam siri Power Ranger pada tahun 1993.

Tommy – Power Ranger Hijau meniup pedang seakan seruling yang mengeluarkan bunyi – Pe peppe pepepey! bagi memanggil haiwan peliharaannya seekor kerbau guling atau Dragonzord.

Tak percaya tengok video dibawah. Nostalgia.

Jason David Frank ini juga merupakan seorang pengamal seni mempertahankan diri.

Banyak cabang seni mempertahankan diri yang diamalkan Frank tapi tidaklah sampai memakan diri, antaranya Shotokan, Taekwondo, Wado-Ryu, Judo, Savate, Brazilian Jiu-Jitsu, Muay Thai, Wing Chun, dan Jeet Kune Do.

Guava sungguh masa muda.

Pada Jun 2003, Frank telah diiktiraf dan diangkat oleh World Karate Union (WKU) untuk berada dalam dewan kemasyuhuran (Hall fo Fame. Pengiktirafan ini diberikan kepada pengamal yang memberi sumbangan kepada seni mempertahankan diri.

Kira tahap Sifu la ni bukan Sifu Facebook. Frank juga telah mencipta seni mempertahankan dirinya sendiri yang dipanggil ‘Toso Kune Do’ yang merupakan gabungan jurus yang praktikal dari seni mempertahankan diri yang lain yang diadun mengikut falsafah beliau.

Oleh kerana terlalu power dan hebat bukan sahaja sebagai Power Ranger, Frank telah menceburi sukan MMA. Pada 30 Januari 2010, Frank memulakan karier sebagai Petarung amatur MMA dan mencatatkan 4 kemenangan pada pusingan pertama melalui Knockout, Technical Knockout dan submission.

Jason David Frank ‘Fearless’

Pada 4 Ogos 2010, Frank telah membuat debut profesionalnya menentang Jose Roberto Vasquez dalam acara Texas Cage Fighting – Puro Combate 1.

Dengan mudah Frank memperoleh kemenangan padapusingan pertama tanpa perlu bertukar menjadi Power Ranger.

Dalam pertarungan tersebut Frank mengalahkan Jose Roberto Vasquez dalam tempoh 46 saat melalui submission dengan menggunakan jurus belakang bogel tercekik atau nama yang tidak diterjemah rear-naked choke.

Rekod pertarungan Power Ranger di MMA. Lawan raksaksa tidak dikira.

Dan itu merupakan satu-satunya pertarungan profesional Frank di MMA kerana beberapa pertarungan yang dijadualkan selepas itu telah dibatalkan atas beberapa sebab seperti kecederaan dan kesihatan. Kesian.

Pada awal tahun ini, Frank cuba untuk membuat debut di UFC dengan memujuk Dana White memberi peluang kepada beliau menentang CM Punk yang merupakan bekas bintang WWE. Namun selepas CM Punk tewas teruk kepada Mickey Gall semua itu tidak menjadi kenyataan.

Comeback yang tidak menjadi kenyataan.

Entah apa malang nasib Frank yang kini berusia 44 tahun sehingga susah hendak mendapatkan pertarungan, mungkin kerana beliau power ranger atau terlalu hebat untuk sukan MMA ini.

Debut Profesional Power Ranger Hijau di MMA

Frank mengalahkan Jose Roberto Vasquez dalam tempoh 46 saat dan aksi di pertarungan amatur.

Baca Juga

Baca Juga