Pra-Musim: Boeung Ket FC 1-4 Kedah

Kedah mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas kelab dari Kemboja, Boeung Ket dalam perlawanan jelajah pra musim mereka dengan jaringan 4-1.

Pemain import yang bakal menjadi sandaran Kedah bagi mengharungi musim 2020, Kpah Sherman mencetak jaringan hatrik.

Bekas pemain import PKNS FC yang kini dalam kenangan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-10.

Kedudukan 1-0 kekal selepas 45 minit pertama.

Bersambung separuh masa kedua, Kpah Sherman menggandakan kedudukan buat Kedah pada minit ke-50 sebelum melengkapkan hatrik 15 minit kemudian.

Boeung Ket FC tidak mengalah apabila cuba mengejar dengan gol pertama hasil jaringan Mon Uanda pada minit ke-71.

Zaquan Adha membunuh perlawanan dengan gol keempat untuk kemenangan penuh bergaya Kedah.

Ini merupakan kemenangan kedua Kedah dalam 4 perlawanan pra musim mereka bagi tahun 2020.

Kedah tewas kepada Kelantan dan Nagaworld dan menang menentang Visakha dan Boeungket FC.

1. Kelantan 2 -1 Kedah

2. Visakha 0 – 1 Kedah

3. Nagaworld 3 – 2 Kedah

4. Boeungket FC 1 – 4 Kedah

FT Boeung Ket FC 1 – 4 Kedah

Kpah Sherman 10′ 50′ 65′
Mon Uanda 71′
Zaquan Adha 80′

Baca Juga

Baca Juga