Pra- Musim : Kelantan 2-1 Kedah FA

Kelantan yang baru sahaja mengumukan bahawa tiada penaja yang berminat untuk menaja mereka musim ini kerana ekonomi meruncing telah mengejutkan Kedah 2-1.

Dalam sidang media oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan(KAFA) mengumumkan hanya perjanjian jualan air mineral yang bakal menjadi sumber pendapatan mereka setakat ini.

KAFA juga mengumumkan bahawa mereka juga mendapat tajaan untuk makanan ketika perlawanan.

Kedah pula serba mewah dengan anggaran bajet RM32 juta bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2020 dan Aksi Kelayakan Kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.

Perbelanjaan ini merangkumui Pasukan Piala Presiden bawah 21 tahun, Pasukan Piala Belia bawah 19 tahun, Pasukan Lang Muda bawah 17 tahun dan bawah 14 tahun, pasukan bola sepak wanita, pasukan futsal lelaki dan wanita, pasukan bola sepak pantai serta program Kedah Kenari Kid.

Perlawanan ini menjadi seperti perlawanan antara dua darjat di mana Kedah telah lama mengumumkan barisan pemainnya berbanding Kelantan.

Namun ini perlawanan pra-musim dan apa pun boleh terjadi dan tidak menjadi kayu pengukur prestasi Kedah untuk musim baru ini.

Lihat saja Liverpool yang teruk semasa perlawanan pra-musim dan lihat di mana mereka kini.

Nazrin Nawi terlebih dahulu meletakkan Kelantan dihapadan pada minit ke-11 sekaligus menceriakan penyokong di Stadium Sultan Muhammad ke-4.

Awang import baru Kedah, Kpah Sherman kemudian menyamakan kedudukan 10 minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Pada minit ke-55 Amirul Syafiq meletakkan kembali Kelantan dihadapan dan sekali lagi bandar Kota Bharu bergempita.

Gol itu kekal sebagai gol kemenangan Kelantan.

FT Kelantan 2 -1 Kedah

Nazrin Nawi 11′
Kpah Sherman 35′
Amirul Syafiq 55′

Baca Juga

Baca Juga