Pra Perlawanan: Unit Serangan Itali-Austria Seimbang Dan Denmark-Wales Lebih Bertaktikal

Itali masih menggalas rekod saratnya apabila tidak kalah dalam 30 perlawanan dan tanpa bolos sejak 11 pertemuan lepas. Skuad bimbingan Roberto Mancini akan tampil di Wembley, tempat dimana mereka mendakwa bola sepak bermula. Austria bakal mejadi lawan ke-4 Itali selepas membenam Turki, Switzerland dan Wales.

Sementara itu Austria menjaringkan 4 gol dalam 2 perlawanannya di peringkat kumpulan, amaun jaringan tersebut bakal menjadi penanda aras untuk menguji gawang Itali yang masih belum bocor.

Sejak kegagalan Itali mara ke pusingan Piala Dunia 2018, pasukan ini semakin tajam di unit serangan disamping terus kebal dibahagian pertahanan. Bagaimana kekuatan serangan Itali boleh dilihat dan apa berapa banyak kekuatan serangan Austria dalam perlawanan perlawanan pagi nanti.

Itali lawan Austria

Itali menjaringkan 7 gol pada peringkat kumpulan, kurang 1 berbanding Belanda (8) tetapi menyamai Belgium (7). Ini adalah 3 pasukan yang mejaringkan gol terbanyak di peringkat kumpulan.

Namun Itali merupakan pasukan lebih baik apabila kebal di barisan pertahanan, masih belum bolos. Hanya England menyamai catatan tersebut, Belgium (1) dan Sepanyol (1) merupakan kumpulan kedua terbaik dari sudut bolos.

Analisis tersebut tidak banyak membantu berapa kekuatan serangan sesebuah pasukan. Bagaimana jika ia diperhalusi?

Pada perlawanan pertama menentang Turki, Itali menampilkan corak permainan menyerang sehingga minit terakhir permainan. Merujuk kepada statistik, Itali melakukan 127 serangan dan 61 darinya adalah serangan bahaya.

Turki yang mengamalkan corak bertahan hanya melakukan 18 serangan berbahaya dari 74 serangan yang dilakukannya. Ia jelas Turki sepenuhnya bermain secara bertahan.

Pada perlawanan ke-2 menentang Switzerland Itali hanya memperagakan attacking football pada separuh masa pertama sebelum bermain secara biasa pada babak pertama.

Jumlah serangan Itali hampir sama seperti perlawanan pertama tetapi jumlah serangan bahaya menurun hampir 2 kali ganda. 108 serangan dan 34 bahaya.

Pada aksi terakhir bertemu Wales Itali mencatat 124 serangan dan 61 darinya adalah serangan bahaya.

Sepanjang 3 perlawanan tersebut Itali melakukan serangan sebanyak 364 kali untuk mengasak kubu lawan, 159 adalah serangan bahaya.

Dalam masa yang sama Itali menerima asakan dari pasukan lawan 230 kali dan 83 kali merupakan serangan bahaya dari pihak lawan. Bermakna serangan Itali 2 kali ganda lebih bahaya dari pihak lawan.

Bagaimana pula dengan Austria?

Austria merekod 2 menang dan 1 kalah dalam peringkat kumpulan, menjaringkan 4 gol disamping bolos 3 kali. Austria juga merupakan pasukan beoreantasikan menyerang melalui 381 serangan yang dilakukannya, lebih banyak dari Itali.

Serangan bahaya dari Austria juga hampir menyamai Itali iaitu 144 kali. Namun produk akhir Itali lebih tajam. Di unit pertahanan jumlah serangan yang diterima oleh Austria hampir sama dengan apa yang diterima Itali, 290 kali -81 bahaya.

Jadi ia hanya berkisar kepada aksi produk akhir dan aksi penyelamat akhir.

Pada perlawanan terakhir, Austria mengubah percaturan menggunakan 4 pemain pertahanan berbanding 5 pada 2 perlawanan pertama. Ia berikutan Macedonia bukanlah sebuah pasukan kuat untuk ditentang.

David Alaba dijangka akan kembali ke posisi center back untuk mengekang ancaman dari trio serangan Itali Ciro Immobille-Lorenzo Insigne-Domenico Berardi.

Itali pula bakal menurunkan semula kesebelasan terkuatnya selepas merehatkan 7 pemain utama ketika bertemu Wales.

Alaba dan Sabitzer bakal menjadi pemain tunjang Austria untuk mengimbangan kekuatan serangan dan pertahanan Itali.

RAMALAN KESEBELASAN ITALI

Donnarumma; Lorenzo, Spinazola, Chiellini, Bonnucci; Jorginho, Barrella, Verratti; Berardi, Insigne, Immobille

RAMALAN KESEBELASAN AUSTRIA

Bachmann; Hintererberger, Alaba, Dragovic, Lainer, Ulmer; Sabitzer, Schlager, Laimer; Baumgauter, Arnautic

Wales lawan Denmark

Jurulatih Wales, Rob Page dan Denmark, Kasper Hjulman merupakan jurulatih yang akan mengamalkan variasi dalam taktikal bergantung jenis lawan yang mereka hadapi.

Ketika Wales bertemu Itali Rob Pages menggunakan back 3 bagi mengukuhkan unit pertahanannya. Namun taktikal gagal apabila Ethan Ampadu dilayankan kad merah.

Bagi Hjulman pula, selepas dia kehilangan Christian Eriksen dia tidak melakukan direct replacement sebaliknya memberi peluang kepada center back Jannik Vestergaard menyertai Andres Christansen dan Simon Kjaer di benteng akhir.

Denmark dijangka kekal bermain dengan back 3 dan Wales diramal kembali kepada back 4.

Peningkatan prestasi Christian Poulsen selepas diberi peranan sebagai center forward menggantikan Jonas Wind menjadi taruhan Denmark.

Wales pula berharap Gareth Bale dan Aaron Ramsey mengulangi persembahannya ketika bertemu Turki.

Dari sudut jumlah serangan, Wales merupakan pasukan paling lemah yang akan beraksi pada pagi nanti.

Wales hanya merekod 237 serangan dan hanya 122 serangan bahaya sementara itu Denmark melancarkan 326 serangan dan 228 adalah serangan bahaya.

Namun ia tidak memberi sebarang jaminan kerana Denmark tewas kepada Finland walaupun mengasak kubu 110 kali berbanding lawan hanya 26 kali, dimana keputusan berakhir dengan kemenangan kepada Finland.

RAMALAN KESEBELASAN WALES

Ward; Robert, Davies, Rodon, Mepham; Allen, Morrell, Ramsey; Bale, James, Moore

RAMALAN KESEBELASAN DENMARK

Schmeichel; Wass, Maechle, Kjaer, Chistansen, Vestergaard; Hobjbjerg, Delaney, Braithwaite, Damsgaard; Poulsen

BACA:  5 Tahun Lalu Gajinya Sekadar £280 Sebulan, Kini Menjadi Penyerang Berbisa di Euro