Pra Piala Dunia: UAE 0-5 Argentina

Argentina memanaskan badan dalam perlawanan persahabatan pra Piala Dunia dengan menumpaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 5-0 di Abu Dhabi pada hari Rabu.

Di mana dua gol datang daripada Angel di Maria dan masing-masing satu gol daripada Julian Alvarez, Lionel Messi dan Joaquin Correa melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada 36 perlawanan.

Sangat gemuruh suasana yang dicipta oleh penonton di Stadium Mohammad Bin Zayed, Argentina mendahului apabila Messi mengutip hantaran daripada Di Maria dan mendapati dirinya hanya berdepan penjaga gol untuk ditewaskan.

Tetapi Messi adalah Messi tanpa sifat mementingkan diri membuatkan Alvarez sebagai penjaring pembukaan perlawanan untuk gol antarabangsa ketiganya pada minit ke-17.

Di Maria menggandakan pendahuluan Argentina lapan minit kemudian dengan sepakan voli yang padu, selepas Marcos Acuna menyilang masuk ke kawasan dari kiri.

Angel Di Maria yang berjaya mengatasi kecederaan hamstring bulan lalu untuk disenaraikan dalam skuad Piala Dunia kendalian pengurus Lionel Scaloni, menjaringkan gol ketiga pada minit ke-36.

Pemain sayap lincah itu telah menggelecek beberapa pemain pertahanan UAE dan meletakkan bola di dalam gawang ketika Argentina menghajar lawan mereka erti bola sepak sebenar.

Messi tidak mahu ketinggalan apabila menyertai keseronokan bermain bola bersama kawan-kawan.

Gol keempat hadir melalui Messi seminit sebelum rehat dengan rembatan halus mulus mencari sudut yang tidak dapat dijangkau selepas menerima hantaran Di Maria.

Manakala pemain gantian Correa melengkapkan kemenangan penuh bergaya 5-0 kosong Argentina dengan gol yang meleleh tak boleh bawa bincang pada minit ke-60.

Argenitna memperlahankan rentak permainan di separuh masa kedua bagi menyimpan tenaga dan juga untuk mengelakkan kecederaan.

Namun prestasi yang ditunjukkan oleh Argentina ini membuktikan kenapa mereka layak untuk diangkat sebagai pasukan pilihan.

Kesebelasan utama UAE vs Argentina

UAE: Khalid Eisa, Khaled Aldhanhani, Khalifa Al Hammadi, Shaheen Abdulrahman, Abdalla Ramadan, Abdulla Hamad, Ali Salmeen, Ali Ahmed Mabkhout, Ali Saleh, Caio, Harib Suhail

Argentina: Emiliano Martinez, Juan Foyth, Lisandro Martinez, Marcos Acuna, Nicolas Otamendi, Alexis Mac Allister, Leandro Daniel Paredes, Rodrigo De Paul, Ángel Di Maria, Julián Álvarez, Lionel Messi

Skuad Argentina Di Piala Dunia

Di saingan Piala Dunia, Albiceleste telah diundi berada dalam kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan juga Poland yang boleh dikatakan mudah buat Argentina.

Ramai peminat telah memilih Argentina sebagai pasukan pilihan untuk memenangi Piala Dunia, sebahagiannya disebabkan oleh fakta bahawa Messi berada dalam prestasi yang baik untuk PSG musim ini.

Argentina juga telah mengecap kejayaan baru-baru ini di pentas antarabangsa, selepas memenangi edisi terakhir Copa America.

Selain itu dunia juga mahu melihat pemain sehebat Messi merangkul Piala Dunia selepas cemerlang bersama kelab dan ketika Messi menjulang trofi Copa America, dunia turut sama berkongsi kegembiraan bersama Messi.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni telah senarai pemilihan 26 pemainnya yang akan mewakili Albiceleste di Piala Dunia Qatar 2022 dan berangkat lebih awal untuk mengadakan perlawanan persahabatan pra-kejohanan.

Scaloni terpaksa menebus ketiadaan Giovani Lo Celso dalam beberapa hari kebelakangan ini selepas pemain tengah Villarreal itu menjalani pembedahan kerana kecederaan otot dan tempatnya digantikan oleh Exequiel Palacio

Pertahanan Villarreal, Juan Foyth merupakan satu lagi kejutan dalam skuad, bersama Paulo Dybala, yang mengalami kecederaan pada awal Oktober dan terlepas beberapa perlawanan untuk Roma namun tetap dibawa.

Dan inilah skuad Argentina yang menjadi pilihan ramai untuk bergelar juara:

Penjaga Gol:

Emiliano Martínez (Aston Villa)
Franco Armani (River Plate)
Geronimo Rulli (Villarreal).

Pertahanan:

Nahuel Molina (Atletico Madrid)
Gonzalo Montiel (Sevilla)
Cristian Romero (Tottenham)
German Pezzella (Real Betis)
Nicolas Otamendi (Benfica)
Lisandro Martinez (Manchester United)
Marcos Acuna (Sevilla)
Nicolas Tagliafico (Olympique Lyon)
Juan Foyth (Villarreal).

Tengah:

Rodrigo De Paul (Atletico Madrid)
Leandro Paredes (Juventus)
Alexis Mac Allister (Brighton)
Guido Rodriguez (Real Betis)
Alejandro Papu Gomez (Sevilla)
Enzo Fernandez (Benfica)
Exequiel Palacios (Bayer Leverkusen)

Penyerang:

Angel Di María (Juventus)
Lautaro Martinez (Internazionale)
Julian Alvarez (Manchester City)
Nicolas Gonzalez (Fiorentina)
Joaquin Correa (Internazionale)
Paulo Dybala (Roma)
Lionel Messi (Paris Saint-Germain).

BACA:  Dua Momen Mendebarkan Indonesia Hampir Bolosi Gawang Juara Dunia Argentina