Liverpool memulakan perlawanan pra-musim mereka dengan penuh bergaya apabila mudah menewaskan kelab Jerman VfB Stuttgart dengan tiga jaringan yang tak mampu di balas.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp kini dalam siri jelajah pra-musim di Austria untuk memperkasakan pasukan bagi menghadapi musim 2020/21 sebagai sang penakluk dunia lagi.
Jurgen Klopp menurunkan barisan kesebelasan utama yang agak kuat untuk separuh masa pertama dengan menurunkan Alisson Becker, Virgil van Dijk, Robertson, Firmino, Mohamed Salah dan Sadio Mane.
Here’s how we’ll line up for our first #LFCPreSeason game 🙌🔴
Watch our clash on @LFCTV and LFCTV GO* 📺💻
*𝑼𝒔𝒆 𝒄𝒐𝒅𝒆 2021𝑮𝑶𝑭𝑹𝑬𝑬 𝒇𝒐𝒓 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒐𝒏𝒆 𝒎𝒐𝒏𝒕𝒉 @𝑳𝑭𝑪𝑻𝑽 𝑮𝑶 𝒇𝒓𝒆𝒆 𝒕𝒓𝒊𝒂𝒍.
— Liverpool FC (@LFC) August 22, 2020
Roberto Firmino menjaringkan gol pembukaan perlawanan pra-musim Liverpool dengan penuh bergaya apabila menyudahkan kerja keras Curtis Jones yang merencanakan ruang dan peluang.
Pemain tengah berkaca, Naby Keita menggandakan kedudukan buat The Reds sebelum tamat separuh masa pertama. Gol berpunca daripada back-heel cantik Roberto Firmino.
Untuk separuh masa kedua, Jurgen Klopp telah barisan pemain simpanan dan muda seperti Adrian, Grujic, Elliot, Minamino dan pemain baharu mereka Tsimikas.
46' – Back underway in Austria with our second half XI 👇
[2-0] | #LFCPreSeason
— Liverpool FC (@LFC) August 22, 2020
Pemain muda yang mahu mencari tempat di skuad utama musim ini, Rhian Brewster melengkapkan kemenangan Liverpool dengan jaringan pada minit ke-68.
Hujan turun sedikit merencatkan kerancakkan permainan dan menyebabkan keadaan padang menjadi teruk namun itu tidak menghalang kemenangan Liverpool.
Statistik perlawanan menyaksikan Liverpool menguasai perlawanan dengan 63 peratus penguasaan bola berbanding Stuttgart yang hanya memiliki 37 peratus penguasaaan.
Liverpool mencatatkan 607 hantaran dengan ketepatan sebanyak 90 peratus. Sebanyak 18 percubaan dilakukan anak buah Klopp dan hanya 6 sahaja percubaan tepat.
Liverpool Starting XI:Alisson; Williams, Gomez, Van Dijk, Robertson; Fabinho, Jones, Keita; Salah, Firmino, Mane
Liverpool Second Half XI: Adrian; Hoever, Phillips, Van den Berg, Tsimikas; Wijnaldum, Milner, Grujic; Elliott, Minamino, Brewster.