Pre-Season 2020/21: Liverpool 7-2 Blackpool

Liverpool mempamerkan aksi kebangkitan luar biasa dan seperti biasa menyerlahkan aura sang juara dan penakluk dunia yang mereka milik selama ini, kali ini Blackpool menjadi mangsa.

Blackpool menajdi mangsa terbaru dengan jurus kebangkitan Liverpool dalam perlawanan persahabatan pra-musim.

Pada separuh masa pertama menyaksikan Blackpool lebih bergaya apabila mendahului 2-0 hasil jaringan CJ Hamilton pada minit ke-15 dan Jerry Yates melalui sepakan penalti.

Aksi Liverpool agak sedu sedan menjadi syair cinta terasa ingin ku sentuh bayangamu walau hanya sekita cuma agar hilang rindu dan dahaga.

Joel Matip memulakan aksi kebangkitan Liverpool dengan satu satu jaringan yang merapatkan kedudukan sebelum berhenti rehat.

Satu sudah cukup untuk menjadi pemula kepada 6 lagi gol yang datang bertandang ke gawang Blackpool untuk menghasilkan 7 gol.

Tujuh gol terhasil dari 7 penjaring berbeza membuktikan kehebatan Liverpool dalam mencari gol yang bukan sekadar merobek gawang lawan malahan hati-hati pembenci.

Sadio Mane menyamakan kedudukan selepas 7 minit permainan bersambung dan dua minit kemudian, Roberto Firmino meletakkan Liverpool di depan.

Kedudukan 3-2 sudah cukup untuk menang namun Harvey Elliot dan Takumi Minamino menambah lagi dua gol pada minit ke-69 dan 71.

Blackpool sudah pecah peluh untuk mencari gol tambahan, Divock Origi terus menjarakkan kedudukan dan Sepp Van Der Berg melengkapkan kemenangan 7-2 Liverpool.

Mungkin inilah kebangkitan terbaik dalam perlawanan pra-musim.

Senarai penjaring perlawanan:

Hamilton 15β€²
Yates 31β€² (pen)
Matip 43β€² (assist: Milner)
Mane 52β€²
Firmino 54β€² (assist: Minamino)
Elliott 69β€² (assist: Origi)
Minamino 71β€² (assist: Firmino)
Origi 85β€² (assist: Jones)
Van den Berg 88β€² (assist Elliott)

Liverpool: Alisson (Adrian 61β€²), Hoever, Matip (Phillips 45β€²), Koumetio (Van den Berg 45β€²), Milner, Fabinho (Jones 45β€²), Keita, Minamino, Salah (Origi 61β€²), Mane (Elliott 61β€²), Firmino.

Subs not used: Karius, Clarkson

BACA:Β  Brighton Ok Saja Kalah Di Tangan Liverpool