Premeir League 19/20 : Chelsea 2-1 Aston Villa

Tammy Abraham membuka gol pendahuluan Chelsea pda minit ke-23 selepas tenang menyudahkan hantaran yang dibuat oleh Reece James dengan satu sundulan.

Pedih buat Aston Villa melihat pemain yang pernah bermain bersama mereka musim lalu merobek gawang mereka musim ini.

Abraham telah menjaringkan 26 gol dalam 40 perlawanan ketika dipinjamkan ke Villa dan memberi 3 kemenangan ketika menentang Derby yang dipimpin Lampard.

Empat minit sebelum tamat separuh masa pertama Trezeguet telah menyamakan kedudukan untuk kembali mengikat perlawanan.

Bersambung babak kedua hanya 3 minit diperlukan Chelsea untuk kembali didepan hasil jaringan pemain muda, Mason Mount.

Volley yang cukup padu daripada Mason Mount itu cukup untuk menamatkan dua kekalahan secara berturut-turut Chelsea.

Dengan pengusaan permainan sehingga 66 peratus dengan 17 percubaan di mana 11 daripadanya adalah percubaan tepat tetapi hanya dua gol terhasil.

Tetapi dua gol tersebut sudah cukup untuk Chelsea kembali landasan kemenangan dan kembali meraih 3 mata.

Kekalahan ini menjadi hadiah terbaik buat bekas pemain pertahanan kental Chelsea, John Terry yang kini menjadi pembantu pengurus di Aston Villa.

CHELSEA (4-2-3-1): Kepa 6; James 7, Christensen 6, Zouma 6.5, Azpilicueta 6; Kante 6.5, Kovacic 7; Willian 8 (Jorginho 90+1), Mount 7, Pulisic 6.5 (Hudson-Odoi 85); Abraham 7.5 (Batshuayi 82).

SUBS: Caballero, Emerson, Tomori, Jorginho, Giroud.

MANAGER: Frank Lampard 6

ASTON VILLA (4-3-3) Heaton 7.5; Elmohamady 6.5, Konsa 6, Mings 6.5, Targett 5; McGinn 6, Nakamba 6.5, Hourihane 5 (Luiz 58, 6); Trezeguet 6.5 (Jota 76, 5), Wesley 6, Grealish 6.5.

SUBS: Nyland, Taylor, Lansbury, Engels, Kodija

Baca Juga

Baca Juga