Pasukan paling hebat dimuka bumi, Liverpool turun untuk meneruskan rutin mereka iaitu mencatatkan kemenangan dan hanya melengkapkan jadual perlawanan sementara menunggu dinobatkan sebagai juara Premier League.
Selepas 14 perlawanan Liverpool poawer yang amat sudah meninggalkan Leicester City ditempat kedua dengan 8 mata dan Manchester City dengan 11 mata. Manchester United? Kena kira pakai kalkulator.
Merseyside Derbey bukanlah satu derbi yang sukar buat Liverpool menentang pasukan jiran setempat, Everton yang tidak stabil dan berdepan masalah prestasi.
Dalam 17 perlawanan terakhir Merseyside derbi Liverpool tidak pernah tewas dengan 7 kemenangan dan 10 seri.
17 – Liverpool are unbeaten in their last 17 Premier League games against Everton (W7 D10). It’s their longest ever unbeaten run against a specific opponent in the competition. Paradise. pic.twitter.com/f4z4MbwzZL
— OptaJoe (@OptaJoe) December 4, 2019
Seawal minit ke-6 Liverpool sudah memulakan rutin kemenangan melalui pemain simpanan mereka yang bermula dari kesebelasan utama Divock Origi yang mudah menyempurnakan umpanan Sadio Mane.
Lorongan yang sangat cantik Mane disambar pantas Origi yang berjaya memperdayakan dan melepasi Jordan Pickford membuatkan gawang terbuka.
Hantaran bijak Mane selepas memotong dari tepi yang pada mulanya seperti mahu membuat percubaan tetapi dihantar kepada Xherdan Shaqiri yang mencelah untuk gol kedua.
Empat minit selepas gol Shaqiri, Everton memberi tindak balas dengan merapatkan kedudukan hasil jaringan Michael Keane yang tidak mampu diselamatkan Adrian.
5 – Divock Origi has scored five Premier League goals against Everton; only Robbie Fowler (6) and Steven Gerrard (9) have scored more PL goals for Liverpool in the Merseyside derby. Hero. pic.twitter.com/TEqPIoBdZY
— OptaJoe (@OptaJoe) December 4, 2019
Hantaran bola panjang yang bijaksana sini dari Lord Dejan Lovren yang mencari Lord Origi berjaya disudahkan dengan begitu indah sekali dan mudah lolos dari perangkap offside.
Minit ke-31 Liverpool sudah di depan dengan 3-1.
Ketika permainan separuh masa pertama hampir ke penghujung, serangan Everton berjaya dipatahkan oleh pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk yang mengeluarkan bola menemui Mane.
Mane segera memberi bola kepada Trent Alexander-Arnold yang membuat larian deras bersama bola untuk membuat satu serangan balas pantas dan larian itu diikuti Mane dan Shaqiri.
Trent Alexander-Arnold menghantar bola kepada Mane yang disudahkan dengan sepakan lencong first timer untuk gol ke-4 Liverpool.
18 – Since the start of last season, Trent Alexander-Arnold has provided more Premier League assists than any other player (18), with 15 of those coming in 2019. Baller. pic.twitter.com/0RXfMNZqCW
— OptaJoe (@OptaJoe) December 4, 2019
Tidak habis senyuman di muka pemain Liverpool, Everton membalas dengan gol kedua, hantaran Bernard disudahkan dengan satu sundulan separa terbang Richarlison.
Gila, 6 gol terhasil pada separuh masa pertama 4 Liverpool dan 2 Everton.
Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool bermain dengan lebih tenang dan santai dan tiada apa yang mampu dilakukan Everton selain mencuba dan tidak berhasil.
Pada minit ke-80 Sadio Mane menyambar hantaran idaman daripada Jordan Henderson namun percubaan sedikit saja tersasar.
100 – Jurgen Klopp has won 100 of his 159 Premier League games – reaching 100 top-flight wins in fewer games than any other Liverpool manager in history. Magnificent. pic.twitter.com/9cPewFJJgJ
— OptaJoe (@OptaJoe) December 4, 2019
Moise Kean hampir saja merapatkan kembali kedudukan namun seperti Mane sebelum itu percubaannya sedikit tersasar juga.
Selepas banyak peluang dibazirkan dan tersasar Georginio Wijnaldum menutup Derbi Merseyside dengan gol ke-5 pada minit ke-90.
Mane power dengan dua assist dan satu gol untuk memberi Jurgen Klopp kemenangan ke-100 dalam 159 perlawanan di Premier League.
LIVERPOOL: Adrian, Alexander-Arnold (Gomez 83), Lovren, van Dijk, Robertson, Wijnaldum, Lallana (Henderson 72), Milner, Shaqiri, Mane, Origi (Firmino 73).
SUBS NOT USED: Keita, Salah, Oxlade-Chamberlain, Kelleher.
EVERTON: Pickford, Holgate, Mina, Keane, Sidibe (Bernard 35), Sigurdsson, Davies (Schneiderlin 72), Digne, Iwobi, Calvert-Lewin (Kean 60), Richarlison.
SUBS NOT USED: Baines, Walcott, Tosun, Lossl.