Premier League 19/20 : Arsenal 1-2 Brighton & Hove Albion

Arsenal terus gagal mendapat keputusan yang positif dalam dua perlawanan mereka selepas memecat pengurus terdahulu The Good Ebining Unai Emery, ini menjadikan Arsenal berterusan lemah dan lembik.

Selepas perginya Unai Emery, Freddie Ljungberg menjadi jurulatih sementara yang seri dalam perlawanan pertama menentang Norwich City kini tewas pula kepada Brighton & Hove Albion.

Kekalahan ini telah menjatuhkan Arsenal ke tangga ke-10 Premier League.

Ini merupakan perlawanan ke-9 Arsenal melalui perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan kali terakhir terjadinya detik ini adalah pada bulan mac 1977.

Kira-kira 42 tahun lalu. Seri Seri Seri Kalah Seri Kalah Seri Kalah.

Brighton & Hove Albion telah membuka tirai perlawanan pada minit ke-36 hasil jaringan Adam Webster.

Namun seperti biasa Arsenal bangkit mengikat dengan tandukan lambung Alexandre Lacazette yang menewaskan Mat Ryan.

Tiada mata buat Arsenal dalam perlawanan ini apabila kebangkitan mereka dalam perlawanan ini hanya bersifat sementara.

Kesian Alexandre Lacazette yang menjaringkan gol dalam penampilan ke-100 bersama Arsenal berkahir dengan kekalahan.

David Luiz telah meletakkan Arsenal didepan melalui satu voli tetapi Video Assistant Referee(VAR) lebih adil apabila membatalkan jaringan itu kerana offside.

Ketika perlawanan berbaki 10 minit Neal Maupay telah melakukan satu sundulan kemenangan yang berpunca dari hantaran lintang lencong Aaron Mooy.

Arsenal bernasib baik tidak tewas dengan jaringan yang besar apabila 10 percubaan tepat Brighton & Hove Albion hanya membuahkan dua gol.

https://twitter.com/FootyHumour/status/1202708760269086722

Laungan #FreddieOut terus bergema selepas keputusan seri dengan Nowrweich tempoh hari dari penyokong Arsenal yang gila.

Dah kalah ni tak tau la macam mana pergi diaorang punya gila.

Arsenal: Leno, Bellerin, Papastathopoulos, Luiz, Kolasinac, Xhaka, Torreira, Aubameyang, Willock, Ozil, Lacazette.

Subs: Tierney, Pepe, Chambers, Nelson, Martinez, Guendouzi, Martinelli.

Brighton: Ryan, Alzate, Webster, Dunk, Burn, Stephens, Propper, Gross, Mooy, Connolly, Maupay.

Subs: Duffy, Bissouma, Trossard, Murray, Montoya, Button, Bernardo.

Baca Juga

Baca Juga