Premier League 19/20 : Arsenal 1-2 Chelsea

Chelsea telah mendatangi Arsenal dari belakang lalu menoron Arsenal untuk bangkit mencipta kemenangan selepas ketinggalan di Stadium Emirates.

Pierre-Emerick Aubameyang meletakkan Arsenal di depan pada minit ke-13 sekaligus menzahirkan keyakinan mereka dengan Mikel Arteta.

Skrip sama terus berulang buat Arsenal walaupun mendahului akan tewas atau seri jua akhirnya kau pergi tanpa kata.

Ini merupakan perlawanan kedua Mikel Arteta sebagai pengurus Arsenal yang ditagih mampu memberi harapan.

Harapan yang diletakkan kepada Arteta dengan bersandarkan pemain pertahanan yang sama sejak dari zaman Unai Emery dan Freddi Ljungber.

Separuh masa kedua menyaksikan Chelsea serius mahukan sesuatu dalam perlawanan ini dengan meneka Arsenal.

Tempoh tujuh minit terakhir permainan menjadi milik Chelsea yang disangka akan berkongsi mata.

Pada minit ke-83, Jorginho menyamakan kedudukan buat Chelsea selepas Leno tersilap membuat bacaan ketika mencabar bola tinggi.

Berselang 4 minit kemudian, Chelsea menggandakan kedudukan melalui satu serangan balas yang disudahkan Tammy Abraham.

Tidak habis lagi Arteta meraut kepala dengan gol pertama, gol kedua pula menyusul. Kesian.

ARSENAL (4231): Leno 6.5; Maitland-Niles 7, Chambers 7 (Mustafi 23 min, 6.5), Luiz 6.5, Saka 6.5; Torreira 7, Guendouzi 6.5; Nelson 6.5 (Pepe 86), Ozil 7 (Willock 76, 6), Aubameyang 7.5; Lacazette 6.

SUBS: Martinez, Mavropanos, Smith-Rowe, John-Jules, Pepe.

CHELSEA (343): Kepa 6; Rudiger 6, Zouma 6, Tomori 6 (Lamptey 59, 6); Azpilicueta 6.5, Kante 7.5, Kovacic 7 (Hudson-Odoi 70, 6), Emerson 5 (Jorginho 34, 8); Willian 7.5, Abraham 7, Mount 6.5.

SUBS: Caballero, Christensen, Barkley, Hudson-Odoi, Batshuayi.

Baca Juga

Baca Juga