Premier League 19/20 : Arsenal 2-0 Manchester United

Perlawanan tumpuan awal tahun 2020 di mulakan dengan pertemuan dua pasukan yang sedang bergelut mencari sebuah kebenaran iaitu Arsenal dan Manchester United.

Ini merupakan perlawanan ketiga Arsenal di bawah bimbingan Mikel Arteta yang mendapat kepercayaan untuk mengembalikan semula Arsenal sebagai pasukan berbisa.

Namun dengan barisan pertahanan yang sentiasa kelakar dengan persembahan tidak kering gusi dua perlawanan awal Arteta berakhir dengan seri dan tewas.

Ole Gunnar Solskjaer sudah pasti mahu mencari kemenangan ketiga berturut-turut bagi merapatkan diri ke kedudukan keempat.

Manchester United bermula garang dalam perlawanan ini dan mengasak dari awal permainan lagi memaksa Sead Kolasinac mengutip kad kuning di awal permainan.

Garang tanpa sengatan tidak membawa apa-apa makna apabila Nicolas Pepe terlebih dahulu meletakkan Arsenal dihadapan pada minit ke-8.

Selepas jaringan pendahuluan Pepe itu menyaksikan perlawanan kembali seimbang dan Arsenal mula beroleh rentak.

Pada minit ke-31 Alexandre Lacazette memperoleh peluang terbaik untuk menggandakan kedudukan tetapi percubaan beliau ke laut.

Beberapa saat selepas percubaan Lacazette, Lucas Torreira pula mencuba dengan satu gerakan cantik yang penuh berhelah.

Kesemua pemain Manchester United sudah terpedaya tetapi percubaan Lucas Torreira sedikit tersasar. Lega kesemua Setan Merah.

Pada minit ke-37, David De Gea cuba menghibukan dengan aksi kelakar dengan sepakan yang lemah mencari Pepe.

Mujur sepakan lencong kaki kiri Pepe itu terkena tiang. Nasib tidak menyebelah. Sekali lagi lega kesemua Setan Merah.

Kaki kiri Nicolas Pepe terus berbisa apabila sepakan penjurunya ditanduk nipis Lacazette.

Menggelupur De Gea menepis tandukan Lacazette dan bola dirembat deras oleh Sokratis Papastathopoulos untuk gol kedua.

Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal bermain dengan lebih tenang dan besahaja sambil Setan Merah berusaha keras untuk merapatkan kedudukan.

Fred melakukan percubaan jarak jauh namun mudah dipatahkan Leno. Kemudian rembatan deras Pareira pula sekadar menghentam tepi jaring.

Memasuki minit ke-88 tiada apa yang mampu dilakukan oleh Setan Merah sekurang-kurangnya mahu merapatkan kedudukan.

Tiada percubaan merbahaya apatah lagi percubaan biasa-biasa yang dapat mengancam kubu Arsenal.

Tahun 2020 merupakan tahun baru yang diraikan semua namun tiada apa yang baru daripada Manchester United.

Masih kelakar seperti dulu dengan punchline lebih padu.

Kemenangan pertama buat Mikel Arteta yang penuh bermakna menewaskan Setan Merah.

Arsenal: bLeno, Maitland-Niles, Papastathopoulos, David Luiz, Kolasinac (Saka), Torreira, Xhaka, Pépé (Nelson), Özil, Aubameyang, Lacazette (Guendouzi)

Unused subs: Ceballos, Holding, Martínez, Willock,

Manchester United: de Gea, Wan-Bissaka, Lindelöf, Maguire, Shaw, Fred, Matic (Mata), James (Greenwood), Lingard (Pereira), Rashford, Martial

Unused subs: Jones, Young, Romero, Williams

Baca Juga

Baca Juga