Premier League 19/20 : Burnley 0-2 Manchester United

Pasukan yang menjadi penanda aras bola sepak dunia, Manchestser United yang selalu menjadi kayu ukur kepada pasukan lain terus memberikan aksi kemenangan.

Walau apa jua keputusan dan kedudukan Setan Merah dalam apa jua pertandingan Manchester United sering menjadi sebutan dan perbandingan.

Pasukan nombor satu liga juga berbangga dengan kedudukan mereka malangnya masih lagi menjadikan Setan Merah sebagai penanda aras yang turun naik dari nombor 6 ke nombor belasan. Bodoh bukan?

Burnley menjadi mangsa terbaru Manchester United apabila tewas 2-0 di Turf Moor.

Anthony Martial membuka jaringan untuk Manchester United dengan satu penyudah yang tenang dalam situasi satu lawan satu.

Ketika Burnley bekerja keras mencari gol penyamaan pada minit akhir perlawanan Marcus Rashford menggandakan kedudukan melalui satu serangan balas.

Manchester United kini melonjak ke tangga kelima selepas mencatatkan dua kemenangan berturut-turut.

Burnley 4-4-2: Pope 6; Bardsley 6, Tarkowski 6, Mee 6, Taylor 4; Hendrick 5 (Rodriguez 62, 6), Westwood 5, Cork 5, McNeil 6; Wood 5, Barnes 4(Gudmundsson 67, 6)

Subs not used: Lowton, Drinkwater, Hart, Long

Manchester United 4-2-3-1: De Gea 6; Young 6, Lindelof 6, Maguire 6, Williams 8; Fred 7, Matic 6; James 7, Pereira 7 (Lingard 73, 6), Martial 7, Rashford 7

Subs not used: Jones, Mata, Romero, Greenwood, Wan-Bissaka

Baca Juga

Baca Juga