Premier League 19/20 : Liverpool 2 – 1 Brighton & Hove Albion

Liverpool turun untuk perlawanan terakhir bulan November sebelum datangnya bulan paling neraka dan menyeksakan buat semua pasukan terutama Liverpool dalam usaha mempertahankan mata yang di kumpulkan.

Bulan Disember sememangnya bulan paling sibuk buat Liverpool jika mereka selamat dan tidak kehilangan mata sepanjang bulan ini maka, peluang untuk mereka bergelar juara akan bertambah cerah.

Jadual padat menanti Liverpool dan kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2019 menambah lagi kesendatan dan risiko untuk kehilangan mata semakin besar.

Tapi kebiasaannya Liverpool kehilangan mata di bulan januari.

Liverpool seperti biasa sudah pasti memulakan perlawanan dengan penuh meyakinkan kerana itulah Liverpool digelar sebagai pasukan kelab paling power di muka bumi ini, kalau pasukan paling power di dunia ni sudah pasti Timnas Indonesia.

Ciri-ciri dan DNA pasukan juara adalah mana-mana pemain dapat menjaringkan gol apabila bahagian serangan kebuntuan dan tumpul dalam perlawanan.

Itulah yang dilakukan Liverpool apabila Virgil van Dijk menjaringkan gol pembukaan pada ke-18 melalui satu sundulan sesedap hati hasil sepakan percuma Trent Alexander-Arnold.

Selepas 6 minit sekali gandingan bahagian pertahanan Liverpool ini menghasilkan gol yang kedua berpunca dari sepakan penjuru Trent Alexander-Arnold yang sedap disundul Virgil van Dijk.

Liverpool selesa mendahului pada separuh masa pertama dengan 2 gol hasil jaringan pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk.

Permainan separuh masa kedua menyaksikan Brighton and Hove Albion berterusan mengasak untuk menrapatkan kedudukan dan Liverpool nampak serba tidak menjadi.

Alisson Becker ternyata cemerlang di gawang untuk mencari clean sheet yang sudan lama tidak dinikmati walaupun berterusan menikmati kemenangan.

Clean sheet dicari namun kad merah yang diperolehi oleh Alisson Becker satu hadiah sempurna daripada pengadil.

Alisson Becker meluru keluar dari kotak penalti ketika pemain Brighton and Hove Albion menyucuk bola untuk melakukan lambungan yang melemaskan.

Dengan spontannya Alisson Becker telah menepis percubaan itu, mungkin tidak sedar berada diluar kotak penalti.

Tiada hukuman lain bagi seorang penjaga gol menggunakan tangan diluar kawasan dengan sengaja melainkan kad merah.

Berita baiknya Alisson Becker hanya digantung satu perlawanan sahaja kerana tidak melibatkan kekasaran ketika dilayangkan merah. Biasa kad merah langsung kerana kekasaran digantung 3 perlawanan.

Adrian masuk dan 46 saat kemudian bolos dengan sepakan percuma leret yang hanya mampu dilihat Adrian yang masih tidak bersedia dan sibuk memeriksa tiang gol serta menyusun benteng.

Akhirnya 3 mata menjadi milik Liverpool dengan kemenangan 2-1. Tak sakit jantung bukan game Liverpool la kan?

LIVERPOOL (4-3-3): Alisson 5; Alexander-Arnold, 8 Lovren, 7 van Dijk,9 Robertson 7; Henderson, 7 Oxlade-Chamberlain, (Adrian, 78, 5) 8 Wijnaldum 7; Salah 7 (Lallana 68, 7), Firmino, 6 (Origin 77, 6) Mane 7

Subs not used: Milner, Keita, Gomez, Shaqiri

BRIGHTON (4-4-2): Ryan 8.5; Montoya, 6 (Alazte 68 6) Webster 5.5, Dunk, 6 Burn 6; Gross, 7 Propper, 6.5 Stephens, 7 Mooy 7; Connolly, 6.5 (Maupay 75, 6) Bissouma 7 (Trossard 7)

Subs not used: Button, Duffy,Murray, Schelotto

Baca Juga

Baca Juga