Premier League 19/20 : Manchester United 2-2 Aston Villa

Di musim pemecatan pengurus di Premier League ini rancak terjadi kerana keputusan yang teruk lagi buruk, Ole Gunnar Solskjaer merupakan satu-satunya pengurus yang masih lagi teguh berdiri dengan yakin.

Walau apa pun keputusan yang diperoleh, menang, seri atau tewas Ole Gunnar Solskjaer tetap positif dan berpuas hati dengan pemainnya yang beliau rasakan semakin baik dan baik walaupun tewas.

Kalah di Europa League juga merupakan satu perkara positif dan pendedahan yang baik buat pemain muda. Benda dah layak semua positif.

Bertemu Aston Villa sepatutnya menjadi perlawanan mudah buat Manchester United, macam lawan FC Astana dan Sheffield United minggu lepas la.

Tapi akhirnya terciduk. Lemah.

Perlawanan mudah buat Setan Merah akhirnya menjadi mudah buat Aston Villa walaupun bermain di Old Trafford yang merupakan satu pentas impian.

Pada minit ke-11, Jack Grealish sudah meletakkan Aston Villa di depan dengan penuh bergaya tanpa rasa melekit dan Setan Merah terus huru-hara.

Aston Villa menggandakan kedudukan tetapi nasib Setan Merah gol dibatalkan kerana offside.

Sebelum tamat separuh masa pertama tandukan Marcus Rashford telah terkena tiang dan terpantul ke belakang penjaga gol Aston Villa, Tom Heaton.

Bola masuk dan terjadilah insiden yang dipanggil gol sendiri.

Victor Lindelof yang bermain tidaklah cemerlang mana dalam perlawanan ini meletakkan Setan Merah di depan untuk gol pertama beliau di Premier League musim ini.

Hanya dua minit sahaja gol Victor Lindelof mampu bertahan apabila Tyrone Mings menjaringkan gol penyamaan dan tiada keraian dari Mings kerana menyangka beliau offside.

Penjaga garisan tidak mengangkat bendera dan rujukan VAR mengesahkan bahawa gol Mings sah dan tidak offside.

Gol penyamaan Tyrone Mings telah menghalang Manchester United untuk berada di kedudukan 5 teratas buat pertama kali sejak 14 September 2019. Kesian.

Buat pertama kali Aston Villa tidak tewas di Old Trafford sejak tahun 2009.

Untuk peminat Setan Merah yang positif seperti Ole Gunnar Solskjaer jangan gundah gulana kehilangan dua mata kerana masih ada 72 mata lagi untuk dikejar dalam 24 perlawanan.

Positif bukan?

Manchester United (4-2-3-1): De Gea 6; Bassaka 6, Lindelof 6.5, Maguire 6, Williams 6 (Shaw 78mins 6); Pereira 6.5, Fred 6.5; James 7, Mata 6.5 (Lingard 73mins 6), Rashford 6.5; Martial 7 (Greenwood 82mins 6).

Subs not used: Grant, Young, Garner, Tuanzebe.

Aston Villa (4-1-4-1): Heaton 8; Konsa 6, Mings 6, Targett 6.5, Guilbert 6.5; Luiz 7; El Ghazi 6 (Trezeguet 17mins 7.5), McGinn 6.5, Hourihane 6 (Lansbury 80mins 6), Grealish 7; Wesley 6.

Subs not used: Nyland, Nakamba, Engels, Kodjia, Elmohamady.

Baca Juga

Baca Juga