Premier League 19/20 : Newcastle 2-2 Manchester City

Menjelang bulan disember, Manchester City menyambut bulan yang penuh dengan perlawanan itu dengan langkah sumbang apabila kehilangan mata dalam usaha mereka mengejar Liverpool kepada Newcastle United.

Ketika Manchester City merapati keputusan seri mereka, Liverpool seperti biasa meneruskan rutin mengutip 3 mata penuh dan menjarakkan kedudukan kepada 11 mata hanya selepas 14 perlawanan.

Berdepan dengan Newcastle United yang berada dikelompok bawahan liga sepatutnya menjadi perlawanan mudah buat Pep Guardiola dan anak buahnya yang berkelas dunia.

Namun inilah bola sepak apabila Newcastle United menggunakan satu teknik yang popular untuk mencuri mata dengan menggunakan teknik salin dan tampal(copy paste).

Raheem Sterling menjaringkan gol pembukaan yang berpunca daripada gerakan bijak David Silva yang bertukar hantaran dengan Raheem Sterling.

David Silva membuat satu backheel yang cantik mencari Sterling yang membuat larian sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga Newcastle United.

Tiga minit kemudian, Newcastle telah menjaringkan gol melalui tu gerakan hampir sama dan sudut bola masuk yang sama melalui Jetro Willems.

Ketika permainan berbaki 8 minit Kevin de Bruyne kembali meletakkan Manchester City dihadapan melalui satu rembatan yang cukup padu yang menghentam palang sebagai bola terkulai di gawang.

Pada minit ke-88 Jonjo Shelvey menyamakan kedudukan juga melalui rembatan padu luar kotak penalti, sekali lagi gol copy paste dari Newcastle.

Newcatle hanya memegang 19 peratus pengusaan perlawanan namun berjaya mencuri mata berharga. Lebih pedih gol penyamaan hadir melalui bekas pemain Liverpool.

NEWCASTLE UNITED (3-4-2-1): Dubravka 7.5; Fernandez 7, Clark 6.5, Dummett 6.5; Manquillo 6, Hayden 6, Shelvey 7, Willems 7; Saint-Maximin 6.5 (Atsu 80), Almiron 6.5; Joelinton 6 (Gayle 69)

Subs not used: Schar, Krafth, Darlow, Sean Longstaff, Matthew Longstaff

MAN CITY (4-3-3): Ederson 6; Walker 6.5, Stones 6, Fernandinho 6.5, Mendy 5.5; De Bruyne 7, Gundogan 5.5, D Silva 7 (Foden 69, 6); Mahrez 6 (B Silva 69, 6), Jesus 5 (Rodri 84), Sterling 6.5

Subs not used: Bravo, Jose Angelino, Joao Cancelo, Otamendi

Baca Juga

Baca Juga