Sebelum perlawanan, Freddie Ljungberg telah melaungkan satu kepercayaan bahawa kedudukan empat teratas masih lagi logik untuk Arsenal mengejar kedudukan tersebut.
Benar apa yang diujarkan oleh Ljungberg kerana Premier League baru memasuki 14 perlawanan dan secara matematik peluang Arsenal bergelar juara pun masih.
Untuk meraih semua itu hanya satu jalan sahaja yang diperlukan iaitu jalan kemenangan tiada seri apatah lagi kalah.
9 – Teemu Pukki has scored his first goal in nine @premierleague appearances for Norwich, ending a run of 18 shots and 773 minutes on the pitch without scoring in the competition. Awaited. pic.twitter.com/bIVJRUtWQi
— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2019
Teemu Pukki yang meletup-letup diawal musim kembali menjadi sebutan dalam perlawanan ini apabila mudah meletakkan Norwich City di depan pada minit ke-21.
Hantaran cantik Kenny McLean berjaya menemui Pukki yang tenang mengawal bola dan Pukki menerobos pertahanan Arsenal dengan jayanya.
Seramai 5 pemain Arsenal hanya mampu memandang Pukki dengan penuh geram.
Tetapi gol pendahuluan Pukki tidak lama apabila Pierre-Emerick Aubameyang menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-29.
27 – Since his @PremierLeague debut in February 2018, Pierre-Emerick Aubameyang has scored 27 goals in games played on a Sunday; more than any other player has scored on a day of the week in this time. Sabbath. pic.twitter.com/bFaSfOrPof
— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2019
Sepakan pertama Pierre-Emerick Aubameyang tidak masuk mujur ada Video Assistant Referee(VAR) yang menjadi penyelamat.
Penalti terpaksa diambil semula selepas VAR mengesan pemain Norwich telah masuk ke kotak penalti sebelum sempat Pierre-Emerick Aubameyang menendang.
Namun Todd Cantwell kembali meletakkan Norwich di depan sebelum tamat separuh masa pertama.
2 – Todd Cantwell has scored in back-to-back league games for the very first time for Norwich City; he had only scored in two of his previous 25 league appearances for the club before this. Slotted. pic.twitter.com/OMH3DUuZxK
— OptaJoe (@OptaJoe) December 1, 2019
Pierre-Emerick Aubameyang sekali tampil dengan gol penyamaan 12 minit selepas babak kedua bersambung.
Tempoh 20 minit terakhir menyaksikan Norwich bermain baik penuh bertenaga tetapi nasib Arsenal baik kerana tiada tambahan gol.
Laungan #FreddieOut terus bergema selepas keputusan seri ini dari penyokong Arsenal yang gila.
NORWICH (4-3-3): Krul 8; Aarons 7, Zimmermann 5, Godfrey 6, Byram 6.5; Amadou 6, Trybull 6; Cantwell 7.5 (Buendia 82), McLean 7, Hernandez 7.5; Pukki.
Subs not used: Fahrmann, Roberts, Vrancic, Lewis, Stiepermann, Srbeny
ARSENAL (4-3-1-2): Leno 7.5; Chambers 5.5, Mustafi 5, Luiz 5.5, Kolasinac 6; Willock 6 (Torreira 71 6), Xhaka 5.5, Guendouzi 6 (Saka 78); Ozil 6 (Martinelli 89); Lacazette 6.5, Aubameyang 7.5.
Subs not used: Martinez, Tierney, Sokratis, Pepe