Jose Mourinho terus menjadi tumpuan untuk perlawanan ketiga bersama Tottenham Hotspur selepas lulus dengan jayanya pada perlawanan pertama Premier League dan Champions League.
Berdepan dengan AFC Bournemouth tidak menjadi masalah buat Spurs yang dibarisi dengan pemain antara yang terbaik di Premier League yang menjadi nadi England.
Dele Alli yang hilang dari awal musim terus bersinar kembali sejak kehadiran Jose Mourinho dan mungkin juga kembalinya Alli kerana filem Ejen Ali The Movie mula ditayangkan di pawagam.
5 – None of the last five permanent Tottenham managers have lost their first home league game in charge of the club, with Martin Jol in 2004 the last do so (2-3 vs Charlton). Expectant. #TOTBOU pic.twitter.com/WPH7YZSHBL
— OptaJoe (@OptaJoe) November 30, 2019
Dua gol pertama Spurs hadir melalui Dele Alli di mana kedua-dua gol tersebut terhasil daripada hantaran jarak jauh dari tengah padang.
Gol pertama dari hantaran jauh mencari Son Heung Min yang melorongkan bola kepada Alli dan mudah disempurnakan untuk gol pembukaan.
Jaringan kedua juga hampir sama apabila jaringan jarak jauh Toby Alderweireld berjaya dihidu dengan baik oleh Alli yang tenang menggandakan kedudukan.
Mungkin Alli kembali menemui sentuhan selepas kembali menggunakan IRIS lalu bertukar menjadi Ejen Ali dan mampu membuat bacaan tepat dengan bantuan IRIS.
2 – Dele Alli has scored two goals in a Premier League game for the first time since April 2018 (vs Chelsea), and for the first time in a Premier League home game since January 2017 (also vs Chelsea). Bracing. #TOTBOU
— OptaJoe (@OptaJoe) November 30, 2019
Moussa Sissoko menjaringkan gol ketiga Spurs selepas tenang menyempurnakan hantaran lintang Son Heung Min yang sangat sedap.
Pemain pinjaman Liverpool, Harry Wilson cuba mengejar melalui satu sepakan percuma yang cukup cantik dan menawan.
Satu lagi gol hadir melalui Harry Wilson pada minit ke-96 dan gol itu terlalu lewat untuk membantu kebangkitan Bournemouth kerana masa yang mencemburui.
Spurs kini melonjak ke tangga ke-5 sejak berada di bawah rejim Jose Mourinho dan kemenangan tempat sendiri pertama di Premier League.
Tottenham Hotspur (4-2-3-1): Gazzaniga 6.5; Aurier 6, Sanchez 6, Alderweireld 6.5, Vertonghen 6; Dier 6, Ndombele 6 (Moura 74, 6); Sissoko 6.5, Alli 8 (Winks (90+4), Son 7.5 (Lo Celso 88); Kane 7.
Subs not used: Rose, Walker-Peters, Eriksen, Whiteman
AFC Bournemouth (4-2-3-1): Ramsdale 6; Stacey 5, Cook 5, Ake 5, Rico 5; Cook 6.5 (Gosling 74, 6.5), Lerma 6, Danjuma 7, Solanke 6.5, Fraser 5 (H.Wilson 63, 7.5); C.Wilson 6.
Subs not used: Boruc, Simpson, Mepham, Kilkenny, Saydee