Liverpool membuat 4 pertukaran pemain dalam perlawanan menentang Bournemouth dengan merehatkan Sadio Mane dan Trent Alexander-Arnold.
Alex Oxlade-Chamberlain telah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 dan gol itu merupakan gol pertama Alex Oxlade-Chamberlain di Premier League musim ini berpunca daripada hantaran panjang Jordan Henderson.
Naby Keita menggandakan kedudukan melalui satu penyudah yang tenang hasil bantuan gol melalui satu backheel yang sangat bijak daripada Mohamed Salah yang seolah-olah mempunyai 4 otak.
Naby Keita telah membalas jasa Salah dengan bantuan gol untuk Salah jaringkan gol ketiga dan ini merupakan gol ke-7 musim ini bersama Liverpool.
Pasukan bimbingan Jurgen Klopp kini selesa 11 mata ditangga klasmen dan mungkin situasi berubah apabila Leicester City turun beraksi.
Liverpool mencatatkan kemenangan ke-15 dalam 16 perlawanan. Dan hanya Manchester United berjaya mencuri mata Liverpool setakat ini.
Bournemouth (4-4-2): Ramsdale 6.5; Francis 5.5, Ake 6.5 (Simpson 35, 5.5), Mepham 5, Rico 5.5; Fraser 6, Billing 5.5 (Cook 58, 6), Lerma 5.5, Danjuma 5; Solanke 5, Wilson 6 (Gosling 64, 6)
Substitutes not used: Boruc, Surman, Ibe, Stacey
Liverpool (4-3-3): Alisson 6; Gomez 6.5, Lovren 6 (Alexander-Arnold 40, 6.5) , Van Dijk 6.5, Robertson 6.5 (Jones 76, 7); Milner 7, Henderson 7, Keita 7; Salah 7, Firmino 6.5, Oxlade-Chamberlain 6.5 (Shaqiri 87)
Substitutes not used: Adrian, Mane, Origi, Elliot