Premier League 2019/20: Arsenal 1-1 Sheffield United

Sepakan voli separuh John Fleck telah memadamkan gol pendahuluan daripada Gabriel Martinelli dan membolehkan The Blades bangkit untuk sekurang-kurang meraih satu mata.

Keputusan seri ini meletakkan Arsenal di tangga yang ke-10 Premier League dan nampak sangat tidak sesuai kerana nombor sangat sinonim dengan Arsenal.

Chris Wilder yang merupakan pengurus Shiffield United berjaya mencipta cerita menarik di musim pertama mereka di Premier League.

Menentang pasukan besar seperti Arsenal dan mencuri mata membolehkan Shiffield United berada di tangga ke-7 liga.

Arsenal terlebih dahulu dihadapan melalui jaringan Gabriel Martinelli di penghujung separuh masa pertama.

Gerakan dimulakan oleh Mesut Ozil itu disusuli dengan hantaran lintang Bukayo Saka yang laju disambar Martinelli.

Dengan jaringan ini menjadikan Martinelli pemain kedua termuda menjaringkan gol di Stadium Emirates pada usia 18 tahun 214 hari.

Alex Oxlade-Chamberlain menjadi pemain termuda Arsenal menjaringkan gol di Emirates di usia 18 tahun 173 hari ketika menentang Blackburn pada februari 2012.

John Fleck kemudian menyamakan kedudukan tujuh minit sebelum tamat permainan.

Arsenal kini mejadi raja seri di Premier League musim ini dengan 11 keputusan seri setakat ini.

Rekod 12 keputusan seri pada musim 2008/09 mungkin boleh dipecahkan Arsenal musim ini.

ARSENAL (4-2-3-1): Leno 5; Maitland-Niles 5, Mustafi 4, Luiz 5, Saka 6; Torreira 5, Xhaka 5; Pepe 6, Ozil 5, Martinelli 6; Lacazette 6 (Nketiah 74′ 6)

Simpanan tak digunakan: Bellerin, Ceballos, Holding, Martinez, Willock, Guendouzi

SHEFFIELD UNITED (3-5-2): Henderson 6; Basham 6 (Besic 76′ 6), Egan 6, O’Connell 6; Baldock 5, Lundstrum 6 (Robinson 67′ 6), Norwood 6, Fleck 7, Stevens 6; Mousset 5 (Sharp 56′ 6), McBurnie 6.5

Simpanan tak digunakan: Jagielka, Kieron Freeman, Verrips, Osborn

Baca Juga

Baca Juga