Premier League 2019/20: Arsenal 2-1 Liverpool

Liverpool turun dalam misi untuk menjadi juara Premier League dengan mengutip 100 mata dan kemenangan akan terus menghidupkan misi mereka mengutip 100 mata.

Arsenal yang lemah dan lembik dilihat bakal menjadi santapan sesedap rasa oleh sang penakluk dunia, Liverpool tanpa rasa melekit.

Sebaliknya terjadi dalam perlawanan ini dan Manchester City kekal menjadi satu-satunya pasukan mengutip 100 mata yang dilakukan pada musim 2017/18.

Kekalahan Liverpool terus menyebabkan rekod City itu tidak mampu lagi dileburkan atau sekurangnya-kurangnya disamakan.

Pemain pertahanan dan penjaga gol yang dikatakan terbaik di dunia bola sepak ini telah melakukan kesilapan yang bodoh.

Dua kebodohan dalam satu perlawanan daripada pemain terbaik dunia di posisi masing-masing.

Jika Harry Maguire, David Luiz atau mana-mana pemain melakukan kesilapan maka penyokong Liverpool akan melabel mereka sebagai bodoh dan dungu.

Kena dekat pemain sendiri terus menggunakan perkataan yang murni seperti ‘Van Dijk too casual’.

Malah penyokong Liverpool telah mengangkat Alexandre Lacazette sebagai genius dan tidak pula menuduh pemain pasukan sokongan sebagai bodoh.

Dalam perlawanan ini, Liverpool terus menerima Guard of Honour sebelum perlawanan kerana telah mengesahkan kejuaraan.

Penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez terlebih dahulu melakukan kesilapan namun tidak dihukum dengan jaringan.

Emiliano Martinez telah melakukan sepakan dan telah dihadang Roberto Firmino mujur bola keluar sipi sahaja sebelah tiang gol.

Dengan permainan meyakinkan, Liverpool terlebih dahulu dihadapan hasil jaringan Sadio Mane yang menyambar hantaran Andrew Robertson.

Arsenal menyamakan kedudukan melalui Alexandre Lacazette hasil bantuan gol pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil Van Dijk.

Fabinho menghantar bola kepada Van Dijk untuk memulakan gerakan dari bawah tetapi Van Dijk ‘too casual’ dengan bola.

Apabila ditekan beliau membuat hantaran kebelakang entah mencari Fabinho atau Alisson Becker.

Lacazette yang menghidu peluang terus menyambar bola dan mengayamkan Alisson. Entah di mana geniusnya Lacazette.

Van Dijk tidak berpuas hati kerana mendakwa dirinya ditolak. Harap Van Dijk tak minta penalti di kawasan sendiri.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Alisson Becker pula membuat kelakar yang bermula daripada lontaran ke dalam.

Robertson membuat lontaran kepada Alisson dan cubaan Alisson menghantar bola kembali kepada Robertson tidak kesampaian.

Lacazetter sekali lagi berjaya menghidu dan memotong bola dengan laju sebelum membuat hantaran kepada Reiss Nelson.

Reiss Nelson mudah meletakkan bola ke penjuru gawang untuk melakukan kebangkitan daripada dua kebodohan.

Dua percubaan dan dua gol dan dalam perlawanan ini hanya tiga percubaan dilakukan Arsenal dan percubaan ketiga merupakan percubaan tidak tepat.

Karangan-karangan panjang mula memenuhi lama muka buku di mana perenggan terakhir mereka menyatakan mereka adalah juara.

Hakikat yang semua sudah tahu, Liverpool adalah juara dan keputusan dalam baki 7 perlawanan tidak memberi kesan kepada kejuaraan.

Namun tidak salah untuk penyokong Arsenal dan penyokong lain untuk bergembira atas kekalahan Liverpool.

Kesebelasan Utama Arsenal 2-1 Liverpool

ARSENAL: Martinez, Holding, Luiz, Tierney, Soares (Maitland-Niles 76), Torreira (Ceballos 57), Xhaka, Nelson (Willock 58), Pepe, Lacazette (Aubameyang 58), Saka

SUBS NOT USED: Bellerin, Sokratis, Mustafi, Kolasinac, Macey

LIVERPOOL: Alisson, Alexander-Arnold, Van Dijk, Gomez, Robertson, Oxlade-Chamberlain (Keita 62), Fabinho, Wijnaldum, Firmino (Minamino 61), Mane, Salah (Origi 83)

SUBS NOT USED: Lovren, Adrian, Shaqiri, Jones, Elliot, Williams

BACA:  Kecederaan Bahu Robertson Bersama Scotland Cemaskan Liverpool