Premier League 2019/20 : Arsenal 2-2 Southampton

Arsenal meneruskan rentak permainan hambar mereka secara istiqamah lalu mengukuhkan lagi gelaran lemah dan lembi apabila terus melebarkan rekod tanpa menang mereka di Premier League kepada 5 perlawanan berturut-turut.

Dah macam Timnas Indonesia pasukan Arsenal sekarang yang tidak menang dalam 5 perlawanan kelayakan Piala Dunia secara berturutan dan penyokong mereka pun sebijik perangai. Jenis emosi.

Apa yang positif buat Arsenal dalam perlawanan ini adalah mereka bangkit dua kali selepas dua kali ketinggalan dan kedua-dua gol itu hadir melalui Alexandre Lacazette.

Situasi bangkit selepas ketinggalan menunjukkan Arsenal masih mempunyai kekuatan seperti sedia kala tetapi gagal dipamerkan seperti biasa.

Danny Ings meletakkan Southampton dihadapan pada minit ke-8 hasil kesilapan dan huru-hara di tepi padang, dah berapa biji Danny Ings dapat gol gratis macam ni.

Alexandre Lacazette kemudiannya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian dan kedudukan seri 1-1 ini teringkat hingga memasuki babak kedua.

James Ward Prowse gagal menyempurnakan sepakan penalti yang berjaya dihadang dengan kemas oleh Bernd Leno namun bola muntah itu segera disambar James Ward Prowse untuk gol kedua.

Ketika kemenangan hampir menjadi milik Southampton, Alexandre Lacazette tampil menyamakan kedudukan pada minit ke-96 permainan.

Seri dengan aksi kebangkitan membuatkan penyokong Arsenal terus meroyan macam penyokong Indonesia.

ARSENAL XI (3-4-1-2): Leno 6; Chambers 6 (Pepe 46, 7), Sokratis 6, Luiz 6; Bellerin 6 (Martinelli 84) Guendouzi 6.5, Torreira 6 (Willock 84), Tierney 7; Ozil 7; Lacazette 7.5, Aubameyang 7.

Subs: Martinez, Maitland-Niles, Mustafi, Nelson.

SOUTHAMPTON XI (4-2-2-2): McCarthy 7; Soares 6, Stephens 7, Bednarek 7, Bertrand 7; Ward-Prowse 7, Hojbjerg 7; Redmond 6.5, Armstrong 7 (Boufal 86); Ings 7.5 (Long 73, 6), Obafemi 7 (Djenepo 76, 6).

Subs: Gunn, Valery, Yoshida, Romeu.

Baca Juga

Baca Juga