Premier League 2019/20: Aston Villa 1-0 Arsenal

Selepas berjaya mengejutkan dua pasukan gergasi secara berturut-turut secara nasib, Arsenal kembali kepada prestasi asal mereka iaitu lemah dan lembik.

Arsenal berjaya menewaskan Liverpool 2-1 disaingan Premier League dan selepas itu menewaskan Manchester City pula di separuh akhir FA Cup dan mara ke final.

FA Cup merupakan makanan Arsenal yang merupakan pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan itu dengan kemaraan ke final buat kali ke-21.

Dalam 20 percubaan mara ke final sebelum ini, Arsenal berjaya meraih 13 gelaran juara dan terbanyak di England.

Aston Villa yang sedang bertarung di zon penyinghkiran menjadi lawan Arsenal untuk baki perlawanan Premier League.

Arsenal tewas dengan pasukan yang bergelut ini dengan jaringan tipis, satu gol tanpa mampu dibalas.

Nyata dua kemenangan Arsenal sebelum ini adalah nasib semata-mata yang mempamerkan aksi yang lebih teruk dan buruk daripada parking bas.

Dengan dua kemenangan sebelum ini penyokong Arsenal memuji taktik dan corak permainan yang diterapkan Mikel Arteta sebagai genius. GILA!

Kemenangan yang didambakan Aston Villa hadir melalui gol tunggal jaringan Trezeguet pada minit ke-27.

Arsenal yang tiada kreativiti dalam perlawanan ini jelas tidak mampu menyaingi Aston Villa yang bermotivasi untuk kekal di Premier League.

Dalam perlawanan ini, Arsenal gagal merekodkan sebarang percubaan tepat dan hanya mampu menghasilkan 4 percubaan tidak tepat.

Dengan kemenangan ini, Villa berjaya keluar daripada zon penyingkiran dengan kelebihan defisit gol ke atas Watford yang dibelasah Manchester City 4-0.

Kemenangan di perlawanan ke-38 yang merupakan perlawanan terakhir Premier League akan mengekalkan Villa untuk musim hadapan.

Harapan Arsenal yang tipis untuk ke kejohanan Eropah kelas dua, Europa League kini lebur.

Lebih memburukkan situasi, Arsenal akan menamatkan musim 2019/20 di luar kedudukan 6 teratas buat pertama kali sejak musim 1994/95.

Kesebelasan Utama Aston Villa 1-0 Arsenal

Aston Villa: Reina,Elmohamady (Guilbert 25), Konsa, Mings, Targett, McGinn (Lansbury 90),Douglas Luiz, Hourihane (Nakamba 73), Trezeguet, Samatta (Davis 72), Grealish.

Subs Not Used: El Ghazi, Jota, Nyland, Hause, Vassilev.

Arsenal: Martinez, Holding, Luiz (Pepe 60), Kolasinac, Cedric (Willock 79), Ceballos, Torreira Xhaka 46), Saka (Tierney 60), Nketiah, Lacazette, Aubameyang.

Subs Not Used: Bellerin, Papastathopoulos, Maitland-Niles, Macey, Smith.

BACA:  "Kami Seperti Real Madrid"- Penyokong Arsenal Kagum Rekaan Jersi Serba Putih