Premier League 2019/20: Brighton & Hove Albion 0-3 Manchester United

Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United yang terbilang lagi terulung tidak berdepan masalah untuk terus mencatatkan kemenangan.

Kali ini dunia menyaksikan Brighton & Hove Albion terciduk di kaki Setan Merah walaupun bermain di gelanggang sendiri. Menggerunkan bukan?

Tiada masalah buat Setan Merah mencatatkan kemenangan walau di mana jua mereka bermain. Menang bukan satu, bukan dua tapi tiga gol.

Tapi sayang rembatan Bruno Fernandes terkena tiang dan melantun keluar.

Pada minit ke-16, pemain muda harapan dunia, Mason Greenwood memecah kebuntuan dengan jaringan pembukaan dengan penuh bergaya.

Mason Greenwood melakukan satu gerakan melebih-lebih yang keterlaluan atau pengulas panggil ‘Step Over’ sebelum melepaskan rembatan.

Boom cantik jaringan tercipta hasil satu gerakan yang menarik lagi menawan hasil bantuan Aaron Wan-Bissaka.

Jaringan Greenwood itu nyata menjadi pemangkin dan tonik untuk Bruno Fernandes mencetak nama selaku penjaring untuk gol kedua.

Tiga belas minit selepas gol pertama sekali lagi Fernandes menerima hantaran daripada Pogba mirip percubaan yang terkena tiang.

Kali ini rembatan Fernandes terbias pemain Brighton & Hove Albion dan terus menerjah jaring mengelirukan penjaga gawang.

Bersambung babak kedua, pada minit ke-50 Manchester United terus menjarakkan kedudukan dengan jaringan ketiga perlawanan.

Bruno Fernandes sekali lagi menjadi penjaring dan Mason Greenwood menempel nama sebagai pemberi bantuan gol.

Gol daripada satu serangan gerak balas pantas.

Risau dengan kehebatan Bruno Fernandes dan tidak mahu memalukan lawan di tempat sendiri, Ole Gunnar Solksjaer mengeluarkan pemain Portugal itu.

Untuk membuatkan Setan Merah menjadi pasukan setara dengan Brighton & Hove Albion Paul Pogba juga turut dikeluarkan.

Selepas mendahului tiga gol permainan menjadi biasa-biasa sahaja demi menghormati lawan dan tiada apa yang mampu dilakukan oleh Brighton & Hove Albion.

Kedudukan tiga gol tanpa balas ini kekal hingga wisel penamat.

Dengan kemenangan ini, Manchester United melebarkan rekod tanpa kalah kepada 15 perlawanan. Menang 11 dan seri 4.

Manchester United bukanlah juara Premier League tetapi semua tahu Setan Merah merupakan pasukan yang disayangi semua peminat bola sejati.

Tiada yang sejati kecuali peminat Manchester United.

Line-Up Brighton & Hove Albion 0-3 Manchester United

Brighton: Ryan, Duffy, Dunk, Burn, Lamptey, Propper, Stephens,Bissouma, Montoya, Mac Allister, Connolly.

Subs: Maupay, Trossard, Gross, Murray, Mooy, March, Schelotto, Button ,Bernardo.

Man Utd: de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, Pogba, Matic, Greenwood, Bruno Fernandes, Rashford, Martial.

Subs: Bailly, Mata, Andreas Pereira, Fred, James, Romero, Ighalo, McTominay, Williams.

BACA:  Soutgate Pertahan Maguire Walaupun Setelah Jaring Gol Sendiri