Premier League 2019/20: Chelsea 4-0 Everton

Chelsea mencatatkan kemenangan penuh bergaya ke atas Everton dengan empat gol tanpa balas dan berjaya mengekalkan jarak mata ditanggake-4.

Pada minit ke-14, Mason Mount membuka gol perlawanan dengan satu putaran cantik disusuli rembatan padu selepas menerima hantaran Pedro.

Gol Mason terhasil selepas 20 hantaran dibuat bagi merencanakan gol pertama Chelsea dalam perlawanan ini.

Pedro kemudian turut mencatat nama selaku penjaring dengan gol kedua hasil hantaran lolos cantik Ross Barkley.

Selepas enam minit bersambung separuh masa kedua, Willian terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga.

Sudah pasti gol Willian dari luar kotak penalti tapi kali melalui rembatan leret yang meleleh.

Olivier Giroud melengkapkan kemenangan penuh bergaya Chelsea dengan gol ke-4 kurang dua minit selepas jaringan Willian.

Mudah dan penuh licik tolakan Giroud yang membuatkan Jordan Pickford terpinga-pinga.

Kekalahan ini menyamai rekod kekalahan terburuk yang dialami Carlo Ancelotti di dalam kariernya.

Pada Februari 2015, ketika menjadi pengurus Real Madrid, Ancelotti tewas 4-0 di kaki Atletico Madrid.

Power juga rekod Ancelotti ni, Ferguson pun pernah kena 6 bijik.

Chelsea (4-3-3): Arrizabalaga 6.5; Azpilicueta (c) 6, Rudiger 6.5, Zouma 6, Alonso 6.5; Barkley 7, Gilmour 7.5, Mount 8.5 (James 60, 6); Willian 8 (Anjorin 71, 6.5), Giroud 7.5 (Broja 86), Pedro 7.5

Pemain Simpanan: Caballero (GK); Christensen, Batshuayi, Tomori

Everton (4-4-2): Pickford 6.5; Sidibe 5, Keane 5, Holgate 6, Digne 5; Bernard 4.5 (Walcott 46, 5), Gomes 5, Davies (Kean 58, 5), Sigurdsson (c) 4.5; Calvert-Lewin 5 (Gordon 76, 5), Richarlison 6

Pemain Simpanan: Stekelenburg (GK); Baines, Mina, Iwobi

BACA:  Jadual Liga Perdana Inggeris 2015/2016. BPL Bermula 8 Ogos 2015