Premier League 2019/20: Crystal Palace 0-2 Manchester United

Perebutan tempat ke-3 dan ke-4 untuk meraih slot ke kejohanan paling agung di Eropah, Champions League antara Manchester United, Chelsea dan Leicester City kembali sengit dan bakal diheret ke perlawanan terakhir.

Pada perlawanan ke-35, Manchester United telah mempunyai peluang keemasan merebut tempat ke-3 selepas Chelsea dan Leicester City tewas di kaki lawan masing-masing.

Malangnya Setan Merah gagal mengutip mata penuh dan terkena jaringan minit akhir untuk keputusan seri 2-2. Pedih.

Pada perlawanan ke-36, Chelsea dan Leicester City yang bermain lebih awal berjaya menewaskan lawan masing-masing.

Bertemu Crystal Palace sudah pasti kemenangan yang dicari Setan merah dan perkara ini bukan menjadi satu masalah besar tambahan pula dengan bantuan VAR dan pengadil.

Perlawanan bermula agak tidak lancar buat Manchester United dan kebuntuan untuk memecahkan benteng Crystal Palace.

Separuh masa pertama agak hambar di mata penulis yang menyaksikan perlawanan ini.

Wilfried Zaha telah dijatuhkan oleh Victor Lindelof, pada mata kasar penulis dan rakan yang datang menumpang di rumah yang merupakan penyokong Liverpool itu adalah penalti.

Namun pengadil perlawanan Gramham Scott ataupun VAR yang dikendalikan oleh Simon Hooper menafikan penalti untuk Palace.

Tidak lama berselang Marcus Rashford menjaringkan gol pembukaan di penghujung separuh masa pertama melalui satu gol yang sangat menarik.

Dua pertahanan Crystal Palace dan juga penjaga gol terpedaya dengan gerakan lincah Rashford yang mudah meletakkan bola ke gawang.

Bersambung babak kedua menyaksikan VAR menafikan gol Jordan Ayew kerana pada pengamatan VAR, Ayew berada dalam kedudukan offside.

Roy Hodgson hanya tersengih melihat keputusan VAR itu.

Berbaki 15 minit perlawanan percubaan Bruno Fernandes telah menggegar tiang dan beberapa minit kemudian Anthony Martial membunuh perlawanan dengan gol kedua.

Cantik gerakan gol ‘free flowing’ Manchester United, hantaran Bruno Fernandes melalui celahan kaki hanya mampu disaksikan telur yang tergantung.

Bola menemui Rashford yang laju menolak kepada Martial yang disudahkan dengan satu penyudah yang indah.

Kesebelasan Utama Crystal Palace 0-2 Manchester United

CRYSTAL PALACE (4-3-3): Guaita 6; Ward 6, Dann 6, Sakho 7, Van Aanholt 6.5 (Mitchell 84, 6); McCarthy 6.5 (Riedewald 83, 6), Milivojevic 6, McArthur 6.5 (Schlupp 72, 6); Townsend 6, Ayew 6, Zaha 7.5.

Subs not used: Hennessey, Meyer, Kouyate, Kelly, Woods, Pierrick, Riedewald

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea 7; Wan-Bissaka 6.5, Lindelof 7, Maguire 6.5, Fosu-Mensah 7.5; McTominay 6.5 (Matic 62, 6), Pogba 6.5; Greenwood 6 (Lingard 62, 6), Fernandes 7, Rashford 8; Martial 7.

Subs not used: Romero, Bailly, Mata, Fred, Dalot, James, Ighalo.

BACA:  Manchester United Umum Perubahan Di Stretford End