Premier League 2019/20 : Crystal Palace 1-1 Arsenal

Jordan Ayew dan Crystal Palace menghancurkan harapan Arsenal untuk meraih 3 mata berharga bagi meneruskan kelansungan perjuangan mereka di pentas Eropah musim depan.

Lebi malang selepas gol penyamaan Jordan Ayew itu ketua pasukan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dilayangkan kad merah.

Pierre-Emerick Aubameyang terlebih dahulu meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-12 melalui satu perbuatan yang bijak.

Hantaran Alexandre Lacazette yang cantik bijak dihidu oleh Aubameyang yang membuat larian yang sesedap rasa menyambar bola dan boom! Gol.

Separuh masa pertama Arsenal bermain sedap dengan corak permainan yang diterapkan oleh Mikel Arteta. Ada masa depan.

Jordan Ayew menyamakan kedudukan pada ke-54 melalui satu rembatan yang terbias David Luiz lalu bola itu menggelembung melemaskan Bernd Leno. Sungguh jahat.

Permainan Arsenal diseparuh masa kedua tidak sepadu seperti 45 minit awal dan bertambah parah apabila terpaksa bermain 10 orang untuk baki 25 minit permainan.

Kapten Marvel Arsenal, Aubameyang dibuang padang selepas penilaian Video Assistan Referee(VAR) menukar kad kuning kepada kad merah kerana terjahan bahaya.

Terjahan miskin atau poor tackle katanya mat salleh.

Crystal Palace: Guaita, Kelly, Tomkins, Cahill, Riedewald, Meyer (Tosun 68), McCarthy, Kouyate, McArthur, Zaha, Ayew

Subs not used: Dann, Hennessey, Tosun, Wickham, Woods, Kirby, Pierrick

Arsenal: Leno, Maitland-Niles, Sokratis, Luiz, Kolasinac, Torreira (Guendouzi 45), Xhaka, Pepe, Ozil (Martinelli 70), Aubameyang (Nelson 90), Lacazette

Subs not used: Holding, Martinez, Willock, Saka

Baca Juga

Baca Juga