Liverpool turun dalam misi untuk terus menjarakkan mata dan 3 mata sudah pasti menjadi sasaran Jurgen Klopp dan para pemainnya.
Ayam tambatan dan pemain harapan Liverpool yang disukai ramai, Mohamed Salah tidak diturunkan kerana kecederaan ketika perlawanan menentang Manchester City.
Seperti biasa apabila kembali dari rehat Liverpool akan bergelut untuk mempamerkan aksi sebenar mereka dan memerlukan sedikit masa untuk mencari rentak.
Permainan separuh masa pertama yang dipamerkan oleh Liverpool sangat hauk dan teruk namun mereka bernasib baik tidak dihukum Wilfred Zaha dan rakan-rakan.
Crystal Palace terlebih dahulu dihadapan namun selepas gol tersebut dirujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) maka seperti biasa akan berpihak kepada Liverpool.
5 – Sadio Mané is the third Liverpool player to score in five consecutive Premier League games against an opponent, after Michael Owen vs Newcastle and Luis Suárez vs Norwich. Scourge. #CRYLIV
— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2019
Gol Crystal Palace dibatalkan kerana pemain mereka terlebih dahulu mengasari pemain Liverpool dengan satu tolakan sebelum gol dijaringkan.
Babak kedua menyaksikan Liverpool mula memperbaiki permainan dan mula mendapat rentak sedikit demi sedikit.
Akhirnya Sadio Mane meletakkan Liverpool dihadapan pada minit ke-49 selepas membazirkan peluang terbuka beberpa minit sebelum gol terhasil.
Meleleh saja gol Mane yang menghentam kedua-dua tiang sebelum disahkan sebagai satu gol.
5 – Sadio Mané is the third Liverpool player to score in five consecutive Premier League games against an opponent, after Michael Owen vs Newcastle and Luis Suárez vs Norwich. Scourge. #CRYLIV
— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2019
Kemudian pembaziran demi pembaziran dilakukan oleh Liverpool dan Crystal Palace bukan sembarangan lawan apabila banyak percubaan sekadar melepasi sipi-sipi tiang.
Pada minit ke-82 Wilfred Zaha menyamakan kedudukan yang menggamatkan suasana dengan soran penyokong mereka (penyokong Man Utd la tu kan?)
Namun gol itu hanya bertahan 3 minit sahaja berpunca dari sepakan penjuru telah menghadirkan situasi kelam-kabut di depan gol, Roberto Firmino menolak masuk untuk gol kemenangan.
30 – Liverpool are unbeaten in 30 Premier League matches (W25 D5); only Arsenal (49 games in October 2004) and Chelsea (40 in October 2005) have ever had longer runs without defeat in the history of the competition. Limit. #CRYLIV
— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2019
Crystal Palace mendapat peluang untuk mencuri mata namun gagal disudahkan sebagai satu gol dan membuatkan Liverpool terus gayat.
Aura sang juara semakim jelas terpancar dari Liverpool walaupun bermain agak buruk tetapi kesudahnnya sama iaitu kemenangan dan 3 mata.
Crystal Palace (4-3-3): Guaita 6.5, Ward 6 (Kelly 70, 6), Tomkins 6.5, Cahill 6.5. Van Aanholt 6; Milivojevic 6.5, Kouyate 6 (Schlupp 72, 6), McArthur 6; Townsend 6.5, Zaha 6.5, Ayew 6 (Benteke 76).
Subs: Hennessey, Dann, Meyer, McCarthy
Liverpool (4-3-3): Alisson 6; Alexander-Arnold 5, Lovren 6, Van Dijk 6.5, Robertson 7; Fabinho 6.5, Wijnaldum 6.5, Henderson 6 (Milner 79, 6); Oxlade-Chamblerlain 6.5 (Origi 64, 6), Mane 7, Firmino 7 (Gomez 89).
Subs: Adrian, Keita, Salah, Lallana