Premier League 2019/20 : Everton 3-1 Chelsea

Berita gembira buat pasukan Chelsea menjelang perayaan hari Natal apabila pengharaman ke atas pasukan London dalam pembelian pemain dijendela perpindahan telah ditarik balik.

Chelsea kini boleh membeli-belah dengan sesuka hati pada jendela perindahan bulan januari ini untuk memperkuatkan pasukan seperti mana kau kenal Chelsea sebelum ini.

Denda pengharaman perpindahan pemain yang dikenakan ke atas Chelsea telah dikurang oleh Mahkhamah Timbang Tara Sukan(CAS, Court of Arbitration for Sport).

CAS telah mengurangkan hukuman keatas Chelsea dan hanya digantung untuk satu jendela perpindahan sahaja. Maka mereka telah melalui hukuman satu jendela perpindahan.

Berita yang baik ini tidak membantu Frank Lampard dan anak buah untuk mendapat satu keputusan yang baik apabila mereka telah tewas mengejut kepada pasukan yang bergelut, Everton.

Everton telah memecat perngurus mereka, Marco Silve selepas dibelasah Liverpool 5-2 dalam derby Merseyside dan Duncan Ferguson menjadi pengurus sementara di Goodison Park.

Dua gol daripada Dominic Calvert-Lewin telah membantu Everton merangkak keluar daripada zon penyingkiran dan memulakan fasa baru pasukan tanpa Marco Silva.

Seawal minit ke-5 Everton sudah didepan hasil sundulan Richarlison sebelum Dominic Calvert-Lewin menggandakan kedudukan ketika pertahanan Chelsea rabak.

Selepas tiga minit gol Dominic Calvert-Lewin, Mateo Kovacic merapatkan kedudukan dan memberi harapan kepada Chelsea.

Namun Dominic Calvert-Lewin telah membunuh perlawanan dengan gol ketiga selepas terjadi huru-hara didepan gol Chelsea.

verton (4-4-2): Pickford 6; Sidibe 7, Keane 6, Holgate 6.5, Digne 7 (Baines 81); Walcott 6.5 (Bernard 86), Schneiderlin 7, Sigurdsson 6.5, Iwobi 5.5; Richarlison 8 (Davies 70 7), Calvert-Lewin 7.5

Subs: Stekelenburg (Gk), Kean, Niasse, Tosun

Chelsea (4-3-3): Arrizabalaga 6.5; James 6 (Batshuayi 81), Zouma 5.5, Christensen 6, Azpilicueta 6; Mount 6.5, Kante 8, Kovacic 7; Pulisic 6.5, Abraham 6, Willian 7 (Hudson-Odoi 70 6)

Subs: Caballero (Gk), Tomori, Emerson, Jorginho, Barkley

Baca Juga

Baca Juga