Premier League 2019/20: Liverpool 2-0 Manchester United

Permusuhan antara Liverpool dan Manchester bukanlah satu perkara baru, malah telah berlanjutan sejak penghujung abad ke-18 lagi.

Pasa mulanya pertelingkahan ini terjadi lebih kepada perlumbaan ekonomi antara dua bandar yang sedang membangun di mana jaraknya hanyalah kira-kira 60km.

Disebabkan ketidak berlaga angin antara dua bandar ini, maka apa sahaja yang dilakukan oleh satu pihak akan mengundang kebencian daripada pihak yang lagi satu dan sifat buruk ini turut dibawa ke sukan bola sepak.

Selama tiga dekad, dari tahun 1960-an sehingga awal 1990-an, Liverpool nyata lebih unggul dan berbanding Manchester United dengan kejuaran demi kejuaraan.

Kemudian pada awal tahun 90-an Manchester United kembali bangkit dan menjadi kuasa bola sepak dunia. Era itu berakhir dengan persaraan Sir Alex Ferguson. Kini Liverpool kembali semula untuk menguasai dunia dengan bimbingan Jurgen Klopp.

Sebenarnya Manchester dan Liverpool ni adalah dua bandar di bawah county masing-masing. County tu kalau di Malaysia bolehlah kita anggap sebagai mukim.

Selepas 21 perlawanan, Liverpool masih belum tewas dengan mencatatkan 20 kemenangan dan satu seri di Premier League.

Manchester United satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata Liverpool musim dan sudah pasti menjadi harapan sekali lagi untuk mengulanginya.

Manchester United dan Liverpool terikat satu sama dalam aksi tersebut. United di hadapan menerusi Marcus Rashford. Namun Liverpool menyamakan kedudukan menerusi Adam Lallana.

Liverpool 2-0 Manchester

Manchester United turun tanpa ayam tambatan mereka yang mengalami kecederaan dalam perlawanan menentang Wolverhampton Wanderes di saingan Piala FA.

Liverpool tidak berdepan masalah kecederaan dan menurunkan skuad terkuat mereka walaupun boleh menang dengan pemain simpanan.

Trent Alexander-Arnold membuat satu sepakan penjuru cantik mencari Virgil van Dijk yang sedap melonjal tinggi gagal disaing oleh Brandon William yang masih mentah.

Roberto Firmino menjaringkan gol sungguh cantik melalui satu sepakan lencong yang tidak mampu diselamatkan oleh David De Gea.

Namun Video Assistant Referee(VAR) membatalkan jaringan cantik tersebut kerana Virgil Van Dijk terlebih dahulu mengasari David De Gea.

Pada minit ke-34 Wijnaldum telah menjaringkan gol lagi untuk Liverpool tapi sekali lagi dibatalkan kerana jelas offside. VAR pun mengesahkan itu satu offside.

Hampir saja Andreas Pereira menyamakan kedudukan namun tidak cukup laju untuk menolak masuk umpanan ketika gawang sudah terbuka.

Liverpool hampir lagi menggandakan kedudukan tapi kali ini kaki David De Gea lebih padu untuk mengeluarkan percubaan Sadio Mane.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Manchester United untuk memecah kebuntuan dengan kekebalan Liverpool. Awak terlalu baik untuk saya.

Pada awal babak kedua Mohamed Salah telah terlepas peluang terbaik apabila melakukan misskick dan bola meleleh keluar tepi tiang.

Tidak lama berselang Jordan Henderson melakukan satu rembatan namun dinafikan tiang yang tegak dan teguh berdiri. Kemudian Chamberlain pula mencuba dan kemas dirigat De Gea.

Larian solo dari tengah padang oleh Fred berjaya menghasilkan satu rembatan namun sedikit tersasar dari sasaran.

Fred sekali lagi melakukan rembatan jarak jauh namun Alisson Becker lebih bersedia menepis keluar bola itu. Pedih jugak tangan.

Selepas minit ke-60 Manchester United mula melancarkan serangan demi serangan dan menguasai perlawanan tetapi tiada jaringan terhasil.

Akhirnya serangan mencanak-cabak Setan Merah memakan diri dengan satu serangan balas pantas.

Alisson laju menendang bola tepat mencari Mohamed Salah yang rerus membuat larian deras tanpa mampu dikejar dan mudah De Gea ditewaskan.

Liverpool XI: Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson, Henderson, Wijnaldum, Oxlade-Chamberlain, Mohamed Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino.

Subs: Adrian, Fabinho, Takumi Minamino, Adam Lallana, Divock Origi, Matip, Jones.

Man Utd XI: David De Gea, Aaron Wan-Bissaka, Viktor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Fred, Namenja Matic, Daniel James, Andreas Pereira, Brandon Williams, Anthony Martial.

Subs: Sergio Romero, Eric Bailly, Phil Jones, Juan Mata, Jesse Lingard, Diogo Dalot, Mason Greenwood.

BACA:  Liverpool Bakal Tandatangani Penyerang Yang Paling Arnold Goyang