Premier League 2019/20 : Liverpool 2-0 Watford

Liverpool meneruskan aksi Premier League selepas mara ke pusingan 16 terbaik Champions League, Liverpool menentang pasukan tercorot liga, Watford dan tiada masalah untuk 3 mata.

Minggu ini Liverpool sensasi di media dengan pembelian pemain Jepun yang beraksi bersama RB Salzburg, Takumi Minamino, lanjutan kontrak Jurgen Klopp sehingga 2024 dan juga James Milner.

Dua jaringan yang sangat fantastik daripada Mohamed Salah telah memberi 3 mata yang berharga dan jika diikutkan Liverpool patut mendapat 30 mata dengan dua jaringan yang sangat luar biasa itu.

Liverpool kini selesa 10 mata dihadapan pencabar terdekat mereka Leicester City yang sekadar seri menentang Norwich City, terima kasih kepada Teemu Pukki yang menjaring.

Mohamed Salah menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-38 selepas menerima bola daripada Sadio Mane dan melakukan larian sebelum memotong ke dalam.

Pemain Watford nyata mati langkah dengan gerakan potong ke dalam Salah dan memberi ruang dan masa untuk Salah melencongkan bola ke penjuru kanan gawang.

Giliran Sadio Mane pula menjaringkan gol melalui satu sundulan tetapi gol itu dibatalkan kerana offside selepas Video Assistant Referee(VAR) bersidang.

Kebijaksaan dan kegeniusan Mohamed Salah nyata tidak dapat dibendung dengan rambutnya mengerbang cantik itu dengan gol kedua.

Satu gol yang bukan biasa-biasa kerana terhasil melalui satu filck yang ringkas lagi bersahaja disusuli nutmeg yang menyaksikan bola melalui dibawah telur Christian Kabasele.

Bola masuk ke gawang tanpa rasa melekit, namun jaringan itu dirujuk kepada VAR dan selepas bersidang VAR menyatakan gol itu sah.

Liverpool (4-3-3): Alisson 7; Alexander-Arnold 6, Gomez 7, Van Dijk 7, Milner 6; Wijnaldum 6(Robertson 60 6), Henderson 7, Shaqiri 6 (Oxlade-Chamberlain 69 6); Salah 7.5, Firmino 7(Origi 88 6), Mane 7.

Substitutes not used: Adrian, Keita, Lallana, Williams.

Watford (4-2-3-1): Foster 7; Mariappa 6, Cathcart 7, Kabasele 6, Femenia 6; Capoue 7, Doucoure 6 (Quina 87); Deulofeu 7, Hughes 7, Sarr 6; Deeney 6 (Gray 75 6).

Substitutes not used: Gomes, Dawson, Chalobah, Success, Foulquier.

Baca Juga

Baca Juga