Premier League 2019/20: Liverpool 4-0 Crystal Palace

Liverpool turun dalam aksi menentang Crystal Palace untuk perlawanan ke-31 saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Setelah seri tanpa jaringan menentang Everton hujung minggu lalu, Klopp kali ini telah menyenaraikan barisan terbaiknya untuk berhadapan Palace dalam usaha untuk merangkul kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.

Andy Robertson dan Mo Salah kembali beraksi sebagai kesebelasan utama pasukan selepas direhatkan pada minggu lalu kerana masih belum cergas sepenuhnya.

The Reds memulakan perlawanan dengan penuh intensif, yang mana mereka terus menyerang dan menguasai perlawanan.

Crystal Palace terpaksa mengeluarkan pemain utama mereka, Wilfred Zaha kerana mengalami kecederaan dan menggantikannya dengan Max Meyer.

Pada minit ke-23, skuad kendalian Jurgen Klopp membuka tirai jaringan menerusi satu gol yang sangat cantik dari Trent Alexander Arnold.

Pemain muda skuad kebangsaan England itu berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dengan melencongkan bola cantik menerjah gawang gol Palace.

Sebelum tamat separuh masa pertama, giliran Mo Salah pula menggandakan kedudukan dengan menjaringkan gol yang cantik hasil umpanan menarik dari Fabinho.

Fabinho berjaya melakukan satu killer pass yang cukup sempurna kepada Mo Salah yang menyambut bola tersebut lalu menyumbatnya kedalam gawang gol Palace dengan bersahaja.

Jaringan yang mempesonakan dari Egyptian king itu merupakan gol ke-100 untuk Liverpool dalam semua pertandingan musim ini.

Tamat separuh masa pertama perlawanan, Liverpool berjaya mendahului Crystal Palace dengan keputusan 2-0.

Sepuluh minit selepas masuk babak kedua perlawanan, Fabinho melepaskan satu rembatan kencang sekencang angin taufan menewaskan penjaga gol Palace.

Gol itu hampir sama seperti jaringan beliau ketika bertemu Manchester City awal musim yang lalu.

Mohamed Salah hampir sahaja menambah gol untuk Liverpool tidak lama selepas itu, tapi sayangnya bola lencongan beliau sedikit tersasar.

Pada minit ke-69, Sadio Mane berjaya menjaringkan gol keempat untuk Liverpool menerusi satu serangan balas yang cantik hasil dari kombinasi 3 serangkai the reds.

Pada minit ke-71, Jurgen Klopp telah memberi peluang kepada Neco Williams untuk turun bermain bagi melakukan debutnya dalam pentas saingan premier league.

Neco tidak menghampakan Klopp apabila berjaya untuk mencipta satu peluang serta satu percubaan tepat ke arah gol dalam perlawanan ini. Aksi debut yang sungguh cemerlang dari pemain muda itu.

Kemasukkan Takumi Minamino dan Harvey Elliot juga telah memberikan suntikan semangat untuk pasukan Liverpool yang dilihat tidak henti-henti mengasak benteng pertahanan Palace.

Minamino hampir berjaya untuk menjaringkan gol pertama beliau dalam saingan premier league namun gagal kerana ketamakan Salah yang mahu mencipta peluang sendiri.

Liverpool kini selesa mendahului saingan Liga dan cuma 2 mata sahaja lagi dipisahkan daripada kejuaraan saingan liga musim ini.

Liverpool mungkin akan ditabalkan Juara sekiranya Manchester City tewas kepada Chelsea dalam perlawanan pada awal pagi esok.

Senarai Pemain Liverpool Dan Crystal Palace:

Senarai pemain utama Liverpool

Alisson Becker, Andrew Robertson, Virgil Van Dijk, Joe Gomez, Trent Alexander Arnold, Jordan Henderson, Fabinho, Georginio Wijnaldum, Mo Salah, Sadio Mane, Roberto Firmino.

Pemain simpanan

Adrian, Neco Williams, Dejan Lovren, Oxlade Chamberlain, Takumi Minamino, Curtis Jones, Naby Keita, Divock Origi, Harvey Elliot.

Pemain utama Crystal Palace

Wayne Hennessey, Joel Ward, Gary Cahill, Mamadou Sakho, Patrick Van Aanholt, James McCarthy,
Andros Townsend, Cheikhou Kouyate, James McArthur, Wilfried Zaha, Jordan Ayew.

Pemain simpanan

Stephen Henderson, Scott Dann, Jairo Riedewald, Nikola Tavares, Tyrick Mitchell, Luka Milivojevic, Max Meyer, Brandon Pierrick.

BACA:Β  Premier League 2021/22: Manchester City 2-2 Liverpool