Premier League 2019/20 : Manchester City 1-2 Manchester United

Manchester Derby kali ini menjadi sedikit hangat sebelum perlawanan apabila Pep Guardiola dan Ole Gunnar Solskjaer melancarkan perang saraf dengan mengkritik pasukan masing-masing dan ini menjadi sesuatu yang menarik.

Pep Guardiola mengakui beliau masih lagi ‘terkejut’ dengan kegagalan Manchester United memberikan saingan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris sejak beliau tiba di England tiga tahun yang lalu.

Pengurus Manchester City yang berambut lebat itu menuduh pasukan Manchester United sebagai pasukan defensif dan sebuah pasukan counter attack. Dengan kata lain sebuah pasukan parking bas dan menunggu untuk serangan balas.

Guardiola berkata, di bandar Manchester, pasukan Manchester City adalah raja pada ketika ini. Hal ini kerana dalam masa beberapa musim ini, Manchester City sentiasa menamatkan liga di atas pasukan musuh sebandar mereka itu.

Ole Gunnar Solskjaer menggunakan buah sejarah untuk melawan tuduhan Guardiola itu dan menganggap City bukanlah padu sangat. Nasib baik Ole tak petik pasal penyokong City yang entah wujud ke tidak?

Dalam perlawanan sebenar derby Manchester ini menyaksikan Pep Guardiola terpaksa menelan kata-katanya apabila tewas kepada pasukan biasa-biasa yang sudah lama tidak menjadi pencabar kejuaraan.

Bernardo Silva telah menjatuhkan Marcus Rashford dan tanpa perlu menunggu lama, Video Assistant Referee(VAR) telah membuat penelitian diatas insiden itu dengan video ulang tayang gerak perlahan.

Selepas puas meneliti maka penalti telah diberikan kerana ada sentuhan daripada Bernardo Silva dan Pep Guardiola hanya mampu tersenyum dengan keputusan itu.

Marcus Rashford mudah menewaskan Ederson dengan sepakan ke kanak dan Ederson pula terbang ke kiri. Sepakan penalti benda paling sukar buat setan merah pada awal musim kini jadi mudah.

Pada minit ke-29, enam minit selepas gol pertama, Manchester United menggandakan kedudukan melalui Anthony Martial, Entah apa yang merasuk Manchester United. Lain macam.

Takkan la setan nak rasuk setan?

City seperti biasa, bukan pasukan yang kaleng-kaleng apabila melancarkan serangan bertali arus namun gagal menembusi gawang Manchester United dengan barisan pertahanan yang selalunya barai.

Dalam perlawanan ini Marcus Rashford boleh menjaringkan 4 gol atau sekurang-kurangnya mencetak hatrik, tapi apa nak diharap dengan Rashford walaupun gaji mengalahkan pemain handalan dunia.

Elemen nasib juga tidak menyebelahi City dalam perlawanan ini apabila dua insiden pemain Manchester United bola terkena tangan tidak diberikan sebarang hadiah daripada pengadil.

Yang pertama langsung tiada rujukan VAR dan yang kedua selepas diteliti VAR tiada unsur kejahatan yang terjadi.

Gol saguhati Manchester City yang melabel diri sendiri sebagai raja Manchester daripada hasil usaha Nicolas Otamendi yang nyata tidak cukup untuk sekurang-kurang mencuri mata daripada King of Manchester yang sebenar.

Kini Manchester City ketinggalan 14 mata dibelakang Liverpool yang semakin jauh dan gah dipuncak dan Manchester United pula telah melonjak ke tangga ke-5.

Man City (4-3-3) Ederson 7; Walker, 6 Fernandinho, 5 Stones 5 (Otamendi 59 6.5), Angelino 4; De Buryne, 6 Rodri 5, D Silva 7; B Silva, 5 (Mahrez 65, 6.5)Jesus, 5 Sterling 5

Subs: Bravo, Gundogan, Mendy Cancelo, Foden

Man Utd (4-3-3) De Gea 7; Wan-Bissaka 8.5, Lindelof 8, Maguire 8.5, Shaw 7.5 (Young 88); McTominay, 7.5 Lingard, 8 (Tuanzebe, 88) Fred 8; James, 9 Martial 8 (Pereira 74, 6.5), Rashford 8.5

Subs: Romero, Mata, Greenwood, William

Baca Juga

Baca Juga