Premier League 2019/20 : Manchester City 2-1 Chelsea

Riyad Mahrez telah menghasilkan gol individu yang sangat menakjubkan untuk memberi Manchester City 3 mata berharga ketika bangkit membenam pasukan dari London, Cheslea selepas ketinggalan.

Chelsea terlebih dahulu dihadapan pada minit ke-21 hasil jaringan pemain genit dan comel molek, N’Golo Kante yang menjaringkan gol melalui satu jaringan yang meleleh masuk ke gawang.

Namun Manchester City tidak panik apabila dan berlapang dada selepas ketinggalan dengan melancarkan serangan demi serangan untuk gol penyamaan.

Hanya 8 minit saja Chelsea di depan apabila rembatan kaki kiri Kevin De Bruyne yang tertampan kaki pemain Chelsea membuatkan Kepa Arrizabalaga tertewas.

Permainan separuh masa pertama sangat rancak dan menghiburkan apabila Chelsea dan Manchester City saling berbalas serangan dan akhirnya gol hadir lagi.

Pada minit ke-37 Riyad Mahez menjaringkan gol kemenangan melalui satu gerakan solo yang memotong masuk ke kotak penalti sebelum meletakkan bola ke sudut yang jauh.

Sergio Aguero hampir menjarakkan kedudukan selepas Kepa Arrizabalaga melakukan kesilapan namun rembatan cantik Aguero sekadar menggongcang palang.

Memasuki babak kedua rentak permainan sedikit perlawanan dan kurang menghiburkan dibangkan dengan 45 minit pertama dan banyak percubaan hadir telah disia-siakan.

Ini merupakan kekalahan pertama Chelsea sejak bulan September dan kekalahan ketiga musim ini di Premier League.

MANCHESTER CITY (4-3-3): Ederson 6; Cancelo 6.5, Stones 6, Fernandinho 6, Mendy 5.5; De Bruyne 9, Rodri 6.5 (Gundogan 52 7), Silva 7 (Foden 67 6); Mahrez 8, Aguero 6 (Jesus 76 6), Sterling 5.5

Subs: Bravo, Walker, Angelino, Otamendi

CHELSEA (4-3-3): Kepa 6; Azpilicueta 6.5, Tomori 6.5, Zouma 6, Emerson 6 (James 59 6.5); Kante 8, Jorginho 6.5 (Mount 73 6), Kovacic 8; Willian 7, Abraham 6.5 (Batshuayi 73 6), Pulisic 5

Subs: Caballero, Christensen, Pedro, Giroud

Baca Juga

Baca Juga