Premier League 2019/20: Manchester City 4-0 Liverpool

Sudah seminggu pasukan terhebat di muka bumi Sang Penakluk dunia, Liverpool power telah dinobatkan secara rasmi selaku juara Premier League bagi musim 2019/20 rentetan kekalahan Manchester City kepada Chelsea.

Dengan perlawanan liga masih berbaki 7 perlawanan, Liverpool turun menentang pencabar terdekat mereka sehinggalah minggu lalu iaitu Manchester City.

Sebagai pasukan juara sudah menjadi tradisi akan mendapat perbarisan penghormatan atau โ€˜guard of honourโ€™ bagi perlawanan yang mendatang.

Tiada masalah buat penyandang juara musim lalu untuk memberi penghormatan kepada Liverpool yang bertandang ke Ethihad yang sentiasa kosong walaupun sebelum wabak melanda.

Guard of Honour

Guard of Honour ini merupakan satu penghormatan kepada sang juara di mana pemain pasukan lawan akan berbaris ketika pemain sang juara masuk ke padang.

Tradisi yang bermula pada tahun 1955 bukanlah satu upacara wajib namun Pep Guardiola dan para pemainnya tiada masalah untuk melakukannya.

Maka liverpool mendapat penghormatan yang menjadi kebanggaan setiap pemain di mana sang juara sahaja dapat menikmati layanan seperti ini.

Dalam perlawanan ini Manchester City bukan sahaja menjamu penghormatan malah telah memberi aib kepada Liverpool.

Sang juara sang penakluk dunia telah teruk dibelasah dengan jaringan empat gol tanpa balas nasib baik gol kelima dibatalkan oleh VAR.

Liverpool Lunyai di Kaki City

Di awal permainan Liverpool tampak lebih baik dengan menekan Manchester City namun dinafikan dengan hantaran-hantaran yang tidak kesampaian.

Peluang terbaik Liverpool untuk berada di depan melalui Mohamed Salah tapi sayang rembatannya dinafikan tiang gol.

Joseph Gomez telah mengasari Raheem Sterling di dalam kotak penalti dan sepakan penalti dihadiahkan.

Kevin De Bruyne yang meliar dari awal perlawanan akhirnya membuka jaringan melalui sepakan penalti dengan rembatan ke kiri gawang menewaskan Alisson Becker.

Raheem Sterling terus menjadi duri dalam daging buat Liverpool, khususnya buat Joseph Gomez.

Sepuluh minit kemudian bekas pemain Liverpool, Raheem Sterling menggandakan kedudukan dengan rembatan membelah kelangkang Joseph Gomez.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Phil Foden terus menjarakkan kedudukan dengan gol ketiga yang nyata menjadi kejutan besar dalam dunia bola sepak.

Ketika ini rakan-rakan Liverpool di dunia maya mula menghilang dan seorang penyokong Liverpool yang bersama penulis sejak jam 11 malam menunggu perlawanan ini mula meminta izin untuk pulang.

Sebelum beransur pulang peminat Liverpool mengingatkan dunia bahawa mereka adalah juara. Satu fakta yang diketahui oleh dunia bola sepak ketika ini.

Bersambung babak kedua menyaksikan cubaan Liverpool untuk mengejar tidak kesampaian malahan Manchester City terus menambah gol.

Rembatan Raheem Sterling hasil hantaran cantik Kevin De Bruyne tertampan kaki Alex Oxlade-Chamberlain dan gol sendiri terhasil.

Pada penghujung permainan Riyad Mahrez menjaringkan gol kelima buat Manchester City tetapi VAR menafikan jaringan itu selepas bola terlebih dahulu terkena tangan.

Kekalahan Liverpool ini nyata memberi satu hiburan dan keceriaan buat semua kecuali penyokong mereka.

Line-Up Manchester City 4-0 Liverpool

Berikut merupakan kesebelasan utama pasukan Manchester City yang menciduk Liverpool:

Manchester City (4-2-3-1): Ederson; Walker (Cancelo 73), Garcia, Laporte (Otamendi 80), Mendy; Rodri, Gundogan; Foden, De Bruyne, Sterling (B Silva 80); Jesus (Mahrez 58)

Pemain simpanan tidak digunakan: Bravo, Doyle, D Silva, Stones, Zinchenko

Liverpool (4-3-3): Alisson; Robertson, van Dijk, Gomez (Oxlade-Chamberlain 46), Alexander-Arnold (Williams 76); Wijnaldum (Keita 62), Fabinho, Henderson; Mane (Minamino 85), Firmino (Origi 62), Salah

Pemain simpanan tak guna: Adrian, Elliott, Jones, Milner

BACA:ย  Penyokong Liverpool Merajuk, Benitez Bukan Lagi Lagenda Kelab