Premier League 2019/20: Manchester City 5-0 Burnley

Manchester City melayan kunjungan Burnley ke Etihad Stadium untuk perlawanan ke-30 dalam saingan liga Perdana Inggeris.

Anak-anak buah Pep Guardiola memulakan kembali saingan liga dengan kemenangan bergaya menewaskan Arsenal dengan keputusan 3-0.

Misi Manchester City adalah untuk menang kesemua baki perlawanan liga dan terus menangguhkan kejuaraan Liverpool yang turut kehilangan mata kerana seri dengan Everton dalam perlawanan awal pagi kemarin.

Manchester City membuka tirai jaringan mereka pada minit ke-22 perlawanan menerusi rembatan jarak jauh dari pemajn muda mereka Phil Foden hasil umpanan dari Benardo Silva.

Pada minit ke-43 perlawanan giliran Riyad Mahrez pula memporak perandakan barisan pertahanan Burnley sebelum melepaskan rembatan menewaskan Nick Pope.

Sebelum tamat waktu separuh masa pertama, Sergio Aguero telah dijatuhkan di dalam kotak penalti Burnley dan pengadil perlawanan, Andre Marriner telah menghadiahkan City tendangan penalti.

Riyad Mahrez mengambil sepakan penalti itu dan menendang bola ke sudut sebelah kanan Pope, walau penjaga gol Burnley itu berjaya membaca arah bola, namun kelajuan bola tersebut gagal untuk beliau atasi dan memberikan jaringan ketiga untuk The Citizen.

Tamat separuh masa pertama, skuad kendalian Pep Guardiola berjaya mengatasi Burnley dengan keputusan 3-0.

Aksi babak kedua dimulakan dengan perlawanan di dominasi oleh Manchester City dan Burnley kelihatan hanya mampu untuk bertahan sahaja dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-51, hasil hantaran cantik dari Benardo Silva, telah disempurnakan dengan kemas oleh David Silva yang memberikan gol keempat untuk pasukan Manchester City.

Pada minit ke-63 perlawanan, Phil Foden berjaya menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol kelima untuk Manchester City hasil umpanan dari Gabriel Jesus.

Burnley tidak menurunkan kesebelasan utama mereka dalam perlawanan ini dan Manchester City tidak menunjukkan belas kasihan dengan membelasah mereka 5-0.

Manchester City kini berada di kedudukan kedua dalam saingan Liga 20 mata di belakang pendahulu, Liverpool yang semakin hampir untuk menjulang kejuaraan saingan liga pertama mereka dalam tempoh 30 tahun ini.

Dengan kemenangan City keatas Burnley dan keputusan seri yang dicatatkan oleh the reds, maka Liverpool perlu terus menunggu untuk ditabalkan sebagai Juara saingan liga musim ini.

Barisan Pemain Manchester City Dan Burnley:

Kesebelasan utama Man City

Ederson, Oleksandr Zinchenko, Fernandinho, Nicolas Otamendi, Joao Cancelo, Bernado Silva, Rodri, David Silva, Riyad Mahrez, Sergio Aguero, Phil Foden.

Pemain simpanan

Scott Carson, Aymeric Laporte, Kyle Walker, Benjamin Mendy, IIkay Gundogan, Kevin De Bruyne, Raheem Sterling, Gabriel Jesus, Leroy Sane.

Kesebelasan utama Burnley

Nick Pope, Charlie Taylor, Ben Mee, James Tarkowski, Matthew Lowton, Dwight McNeil, Jack Cork, Ashley Westwood, Josh Brownhill, Matej Vydra, Jay Rodriguez.

Pemain simpanan

Bailey Peacock-Farrell, Lukas Jensen, Bobby Thomas, Jimmy Dunne, Erick Pieters, Kevin Long, Max Thompson.

BACA:  Ederson Hampir Jadi Karius Namun Tenang Keluarkan Bola Atas Garisan