Premier League 2019/20 : Manchester United 1-1 Everton

Dua pasukan yang terdesak mahu mengutip mata bagi mengharungi musim yang suram lagi sukar untuk mencari kedudukan yang lebih baik di bulan yang sangat mencabar.

Seperti biasa, Ole Gunnar Solskjaer pasti membantu pasukan yang lebih terdesak yang memerlukan mata dan itulah yang dilakukan Setan Merah.

Perlawanan yang sepatutnya yang mampu untuk Setan Merah meraih tiga mata tetapi ketumpulan penyudah yang tidak sudah cukup untuk Ole dan anak buah meraih satu mata selepas bangkit dari ketinggalan.

Dengan 16 percubaan dan separuh daripadanya percubaan tepat hanya satu sahaja yang berjaya diterjemah sebagai satu jaringan.

Manchester United bermula garang namun tidak menyengat dan itu tidak cukup untuk meraih gol.

Akhirnya sifat mulia Setan Merah terserlah dengan konsep tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Sepakan penjuru Leighton Baines yang melencong mencari tiang yang melepasi jangkauan David De Gea dan jatuh ke pangkuan Viktor Lindelof.

Entah apa yang difikirkan Lindelof ketika bola itu sampai, hanya terpaku melihat bola jatuh ke kemaluannya dan melantun ke gawang.

Kesan ereksi barangkali walaupun tanpa seberang tekanan daripada pemain Everton, Lindelof gagal berbuat apa-apa.

Percubaan demi percubaan untuk menyamakan kedudukan dariada Daniel James, Lindelof dan Rashford gagal membuahkan hasil.

Percubaan padu James pula menyinggah ke kepada Anthony Martial yang terus rebah ke tanah disambut dengan senyuman dari James.

Kemasukkan Mason Greenwood merancakkan lagi bahagian serangan Setan Merah yang garang tak bergigi.

Akhirnya Greenwood menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 selepas 12 minit di padang.

Tiada apa yang mampu mengubah keputusan seri tanpa gol tambahan dan mereka pun berkongsi mata.

Manchester United (4-2-3-1): De Gea 5.5; Wan-Bissaka 6.5, Lindelof 6, Maguire 6, Shaw 6.5; McTominay 8, Fred 7; James 7.5 (Mata 85, 6), Lingard 5.5 (Greenwood 64), Rashford 6.5; Martial 6

Subs not used: Romero, A Pereira, Young, Tuanzebe, Williams

Everton (4-4-2): Pickford 6; Coleman 6.5, Keane 6, Mina 6.5, Digne 6 (Baines 24, 6); Iwobi 6.5, Davies 7, Holgate 7, Bernard 6.5 (Keane 70, 6 (Niasse 88, 6)); Richarlison 5.5, Calvert-Lewin 7

Subs not used: Stekelenburg, Tosun, Martina, Gordon

Baca Juga

Baca Juga