Premier League 2019/20: Manchester United 1-1 West Ham United

Perlawanan Premier League sudah memasuki perlawanan ke-37 dan hanya satu lagi perlawanan yang akan menutup musim 2019/20 yang sangat unik dalam sejarah bola sepak.

Kekalahan Leicester City di kaki Tottenham Hotspur sekali lagi membuka peluang yang luas kepada Manchester United untuk merebut slot ke Champions League.

Sebelum ini peluang lebih besar terbuka buat Setan Merah dengan kekalahan Leicester City dan Chelsea namun Setan Merah memilih untuk seri dan kekal di tempat kelima.

Kemenangan dalam dua baki perlawanan yang ada akan mengesahkan tempat Manchester United ke Champions League.

Manchester United mampu meraih tempat ketiga kerana lawan Chelsea pada minggu ini adalah Liverpool yang akan beraksi buat kali terakhir di Anfield musim ini.

Ini bermakna Liverpool akan menjulang Piala Premier League di Anfield dan sudah pasti kemenangan akan dicari sehabis daya untuk tidak mencacatkan keraian.

Mana mungkin Liverpool mahu tewas dengan susunan acara mengangkat Piala yang serba meriah walaupun tanpa kehadiran penyokong mereka.

Adakah Manchester United akan terus mempamerkan sifar Setan mereka yang suka membazir?

Ya, Setan Merah meneruskan sifat membazir mereka dan tidak memanfaatkan peluang yang ada apabila sekadar seri menentamg The Hammer di gelanggang keramat mereka, Old Trafford.

Perlawanan berlangsung dengan hambar sekali dan hampir membuatkan ramai terlelap. Terlalu rilek kedua-dua pasukan bermain tanpa memikirkan hati mereka yang menonton.

Antara detik menarik ada percubaan Marcus Rashford dengan sepakan knuclenya yang menyaksikan bola yang melambung menjunam laju ke gawang membuatkan Fabianski menggelupur menepis.

Memasuki 10-15 minit terakhir perlawanan barulah perlawanan menjadi sedikit rancak tetapi masih lagi hambar.

West Ham United mendapat sepakan percuma selepas Fosu Mensah melakukan sapuan ke atas tan dalam laluan larian pemain West Ham.

Sepakan percuma kencang lagi deras dilakukan yang menuju ke arah Paul Pogba yang mungkin pada ketika itu otaknya tidak berada di padang.

Penelitian terus dilakukan oleh Video Assistant Referee(VAR) dan mendapati Pogba telah menghadang bola dengan kedua belah tangannya dan berpura-pura jatuh seperti terkena headshot.

Sepakan penalti terus dihadiahkan VAR kepada West Ham United dan tenang disempurnakan oleh Michail Antonio yang meneruskan ketajaman selepas Premier League kembali bersambung.

Kedudukan West Ham United mendahului dengan jaringan tunggal Antonio kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Enam minit permainan kembali bersambung Mason Greenwood menyamakan kedudukan hasil bantuan gol Anthony Martial.

Mason Greenwood menjadi pemain berusia 18 tahun pertama menjaringkan lebih 10 gol semusim di Premier League untuk Manchester United.

Tiada gol tambahan hingga tamat perlawanan. Keputusan seri melonjakkan Manchester United buat pertama kali ke tangga ke-3 sejak menewaskan Chelsea 4-0 di awal musim.

Perlawanan terakhir menentang Leicester City akan menjadi penentu samada layak ke Champions League atai tidak. Seri sudah memadai.

Kesebelasan Utama Manchester United vs West Ham United

Starting XI: De Gea (7); Fosu-Mensah (5), Lindelof (5), Maguire (6), Williams (6); Pogba (5), Matic (7*), Fernandes (6); Greenwood (7), Martial (6), Rashford (6).

Substitutes: Wan-Bissaka (7), Ighalo (5).

Starting XI: Fabianski (7); Johnson (7), Diop (7), Ogbonna (7), Cresswell (6); Noble (6), Rice (8), Bowen (8*), Soucek (7), Fornals (6); Antonio (7).

Substitutes: Haller (5), Masuaku (5) Yarmolenko.

BACA:  Premier League 2020/21: Tottenham Hotspur 2-1 Brighton & Hove Albion