Premier League 2019/20: Manchester United 2-2 Southampton

Satu minggu yang baik dan sungguh bertuah buat pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United yang kini dalam misi mencari slot ke Champions League.

Berkedudukan ditempat kelima kekalahan Chelsea yang terkena badi nombor ‘3’ dan tersungkurnya Leicester City sehari kemudian membuka jalan seluas-luasnya buat Setan Merah.

Persaingan sengit terjadi antara Chelsea, Leicester City dan Manchester United untuk mengisi slot ketiga dan keempat.

Kemenangan menentang Southampton ini akan meletakkan Setan Merah ditangga ketiga bukan untuk tempoh sementara lagi. Kalau menang la.

Jika menang kesemua baki tiga perlawanan maka Champions League akan menyaksikan kelibat Setan Merah musim hadapan.

Perebutan ini menjadi lebih sengit apabila Majlis Timbang Tara Sukan(CAS) telah membuat keputusan bahawa Manchester City tidak bersalah.

Rayuan Manchester City telah diterima oleh CAS dan mereka tidak digantung daripada kejohanan Champions League untuk musim hadapan.

Walaupun tidak bersalah City masih didenda. Pelik bukan?

Arsenal pula terus-menerus membuktikan mereka lemah dan lembik menjadikan penyokong mereka tidak cerdik dan kelihatan bodo.

Manchester United 2-2 Southampton

Southampton atau Liverpool B bertandang ke Old Trafford untuk menjadi mangsa Setan Merah yang garang lain macam sejak Premier League kembali bersambung.

Buat pertama kali sejak 1993, Manchester United membariskan kesebelasan utama yang sama untuk lima perlawanan berturut-turut di Premier League.

Southampton bermula baik dalam perlawanan ini dan Setan Merah bermain seakan tidak mempunyai ibarat Setan digantung tak bertali.

Pada minit ke-13 Setan Merah terus dihukum dengan permainan kemas Southampton untuk gol pembukaan yang terhasil daripada satu kesilapan.

Hantaran ke belakang Harry Maguire mencari David De Gea kemudian ditolak kepada Paul Pogba, namun entah menda yang bermain di minda Pogba menyebabkan bola terlepas.

Bola sampai ke kaki Nathan Redmond yang membuat larian sebelum melakukan hantaran lintang mencari Stuart Armstrong yang tidak dikawal.

Stuart Armstrong mudah mengawal hantaran itu sebelum melepaskan rembatan jarak dekat.

David De Gea bolos dalam perlawanan ke-400 bersama Manchester United.

Berdarah dan mempunyai legasi sebagai juara, Setan Merah tidak panik malah mula bangkit dengan aksi luar biasa.

Kurang 10 minit selepas gol pendahuluan Southampton, Manchester United kembali di depan dengan dua jaringan dalam tempoh kurang tiga minit.

Pada minit ke-20 hantaran padu Pogba berjaya mencari Anthony Martial yang menolak bola kepada Marcus Rashford untuk disudahkan sebagai gol penyamaan.

Tidak hilang lagi penat meraikan gol pertama, gol pendahuluan hadir kurang tiga minit kemudian.

Bruno Fernandes yang menjadi nadi utama Setan Merah melakukan assist untuk gol yang dijaringkan oleh Anthony Martial.

Gol ke-50 Martial di Premier League dalam 142 perlawanan bersama kelab kesayangan ramai itu.

Martial juga menjadi pemain ke-10 Manchester United menjaringkan 50 gol untuk kelab dan pemain Perancis ke-7 menjaringkan 50 gol di Premier League.

Selepas dua gol dijaringkan permainan mula menjadi milik Manchester United yang tidak terkalahkan.

Southampton juga tidak patah semangat dan melancarkan beberapa percubaan bahaya, memaksa De Gea berkerja keras menafikan segala percubaan itu.

Pada minit ke-90 permainan dihentikan kerana kecederaan yang dialami oleh Brendan William dan Kyle Walker-Peters.

Brendan William terpaksa dikeluarkan dan Setan Merah bermain 10 orang kerana telah habis kuota pertukaran pemain.

Dipenghujung permainan, Michael Obafemi menyamakan kedudukan, gol yang berpunca daripada sepakan penjuru.

Gol yang nyata meremukkan hati setan merah dan penyokong mereka yang yakin akan menghuni tempat ke-3.

Tempat yang seakan menjadi milik Chelsea dan dengan kutipan satu mata tidak membawa Setan Merah ke mana-mana dan kekal di tempat kelima.

Sama mata dengan Leicester City namun gagal memotong kerana perbezaan jaringan. Kisah kelakar bola sepak dari Manchester United.

Hanya 90 minit di tangga ketiga sebelum kembali ke tempat asal.

Kesebelasan Utama Manchester United 2-2 Southampton

MANCHESTER UNITED (4-2-3-1): De Gea 6; Wan-Bissaka 6, Maguire 7, Lindelof 7, Shaw 6 (Williams 74min, 6); Matic 6, Pogba 5.5 (Fred 63, 6); Greenwood 6 (James 84), Fernandes 7 (McTominay 84), Rashford 6; Martial 8.

Subs not used: Romero, Bailly, Mata, Pereira, Ighalo

SOUTHAMPTON (4-4-2): McCarthy 6; Walker-Peters 5.5, Stephens 6, Bednarek 6, Bertrand 6.5; Armstrong 7 (Smallbone 68, 6), Ward-Prowse 7, Romeu 6 (Obafemi 87), Redmond 6.5; Ings 7, Adams 6 (Long 63, 6)

Subs not used: Gunn, Vestergaard, Hojberg, Vokins, Danso, Ferry

BACA:  Premier League 2020/21: Manchester United 2-1 Brighton & Hove Albion