Premier League 2019/20: Manchester United 3-0 Sheffield United

Manchester United melayan kunjungan Sheffield ke Old Trafford untuk perlawanan pusingan ke-31 saingan Liga Perdana Inggeris.

Setan merah sebelum ini terikat 1-1 dengan Tottenham Hotspur dan pastinya Ole Gunnar Solskjaer akan melakukan beberapa pertukaran untuk memenangi perlawanan bertemu Sheffield pada awal pagi ini.

Paul Pogba dan Mason Greenwood diturunkan dalam kesebelasan utama Manchester United dalam perlawanan ini manakala Dean Henderson tidak diturunkan sebagai penjaga gol utama Sheffield kerana bertemu dengan kelab asalnya.

Seawal minit ke-7 perlawanan, Anthony Martial telah berjaya untuk membuka tirai jaringan dengan satu sentuhan pantas di hadapan gol hasil hantaran daripada Marcus Rashford.

Pujian harus diberikan kepada Rashford yang bijak membuat hantaran deras ke arah near post sebelum ditolak masuk oleh Martial menggegar gawang gol Sheffield.

Beberapa siri percubaan berjaya dilakukan oleh United pada 15 minit awal perlawanan dan keputusan masih lagi setan merah mendahului 1-0.

Pada minit ke-44, Anthony Martial sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk United hasil hantaran daripada Aaron Wan Bissaka.

Situasi yang hampir sama dengan gol pertama, Martial menjaringkan gol hasil sentuhan pantas selepas mendapat lorongan bola yang kemas dari AWB.

Separuh masa pertama tamat dengan anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer mendahui Sheffield dengan keputusan 2-0.

Bermula babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan melakukan beberapa siri berbalas serangan, namun tiada sebarang gol berjaya dijaringkan.

Anthony Martial hampir sahaja mencatatkan Hat-Trick selepas mendapat peluang hasil dari kepintaran Paul Pogba menggelecek beberapa pemain Sheffield tapi sayangnya cubaan beliau meliar.

Pada minit ke-74, hasil umpanan daripada Marcus Rashford, Anthony Martial akhirnya berjaya menjaringkan gol ketiga untuk setan merah sekali gus berjaya untuk mencipta Hat-Trick pertama dalam kariernya.

Sedikit fakta, Hat-Trick daripada Anthony Martial merupakan yang pertama untuk Manchester United sendiri dalam tempoh tujuh tahun ini.

Pemain United terakhir menjaringkan Hat-Trick adalah Robin Van Persie yang berjaya melakukannya ketika bertemu Aston Villa pada tahun 2013.

Perlawanan tamat dengan keputusan Manchester United menang 3-0 menewaskan Sheffield United dan meletakkan setan merah ditempat kelima dalam saingan Liga dua mata dibelakang Chelsea.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berjaya mengumpul 49 mata setakat ini manakala Chelsea pula telah mengumpul 51 mata dalam saingan liga dua mata mengatasi United dan mempunyaj baki kurang satu perlawanan.

Senarai Pemajn Manchester United Dan Sheffield United:

Kesebelasan utama Manchester United

David de Gea, Luke Shaw, Harry Maguire, Victor Lindelof, Aaron Wan Bissaka, Nemanja Matic, Paul Pogba, Mason Greenwood, Bruno Fernandes, Marcus Rashford, Anthony Martial.

Pemain simpanan

Sergio Romero, Eric Baily, Brandon Williams, Scott Mctominay, Andreas Pereira, Juan Mata, Fred, Daniel James, Odion Ighalo.

Kesebelasan utama Sheffield United

Simon Moore, Chris Basham, Phil Jagielka, Jack Robinson, George Baldock, John Lundstram, Oliver Norwood, John Fleck, Enda Stevens, David McGoldrick, Lys Mousset.

Pemain simpanan

Michael Verrips, Jack Rodwell, Ben Osborn, Kieron Freeman, Luke Freeman, Sander Berge, Richairo Zivkovic, Billy Sharp, Oliver McBurnie.

BACA:  Carabao Cup Final: Manchester United 2-0 Newcastle United