Premier League 2019/20: Manchester United 5-2 AFC Bournemouth

Pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United turun dalam misi melebarkan rekod permainan tanpa kalah selepas 15 perlawanan.

Kemenangan sudah pasti dicari bagi meneruskan perjuangan mencari tempat secara automatik ke kejohana paling agung Eropah, Champions League musim hadapan.

AFC Bournemouth terlebih dahulu di hadapan apabila Harry Maguire mudah dipermainkan oleh Junior Stanistas untuk gol pembukaan pada minit ke-167

Maguire telah di ole Stanistas sebelum mudah menewaskan David De Gea yang gagal menutup ruang sempit dengan sepatutnya.

Manchester United tidak panik dan bermain dengan baik menyerap tekanan dan Mason Greenwood menyamakan kedudukan 13 minit kemudian.

Hantaran Bruno Fernandes disudahkan dengan satu rembatan padu oleh Greenwood.

Marcus Rashford meletakkan Setan Merah di depan selepas menyempurnakan sepakan penalti apabila bola terkena tangan pemain Bournemouth.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Anthony Martial menjarakkan kedudukan dengan gol ketika.

Martial dari tepi memotong ke tengah dan melencongkan bola ke penjuru gawang menewaskan Aaron Ramsdale yang tidak mampu berbuat menda.

Separuh masa kedua, Viktor Lindelof dikeluarkan dan Eric Bailly masuk selaku pengganti dan Bailly tidak menunggu lama untuk memberi impak.

Bailly telah menahan hantaran ke belakang dengan tangan lalu sepakan penalti diberikan.

Bekas pemain Setan Merah, Joshua King tenang menyempurnakan sepakan untuk kembali merapatkan kedudukan.

Setan Merah tidak panik dan menambah dua lagi gol dalam tempoh lima minit pada minit ke-54 dan 59 Melalui Greenwood dan Bruno Fernandes.

Mason Greenwood menjaringkan gol ke-4 persis Ruud Van Nistelrooy menurut penyokong tegar Manchester United.

Rembatan dari kanan padang, macam Van Persi menurut seorang lagi Setan Merah. Merapu-rapu betul imaginasi penyokong Setan Merah.

Sepakan percuma cantik Bruno Fernandes menjadi gol kelima Manchester United.

Selepas itu beberapa lagi gol terhasil namun dibatalkan kerana offside dan kedudukan 5-2 ini kekal sehingga tamat permainan.

Bruno Fernandes terus menjadi nadi Setan Merah dalam penghasilan gol dengan mencetak satu gol dan dua bantuan gol.

Setakat ini Bruno Fernandes telah menjaringkan 6 gol di Premier League sejak menyertai Manchester United januari lalu.

Satu jumlah jaringan yang berbaloi-baloi dari seorang pemain tengah.

Ini merupakan kali pertama Manchester United menjaringkan 5 gol dalam satu perlawanan di Old Trafford sejak Disember 2011 ketika menewaskan Wigan.

Kemenangan ini telah melonjakkan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solksjaer ke tangga ke-4 liga.

Kedudukan ini mungkin hanya untuk sementara waktu sahaja kerana Chelsea belum turun beraksi.

Line-Up Manchester United 5-2 AFC Bournemouth

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; Pogba, Matic; Greenwood, Fernandes, Rashford; Martial.

Substitutes: Romero, Bailly, Williams, Mata, Pereira, Fred, James, McTominay, Ighalo.

Bournemouth (4-2-2-2) Ramsdale; Smith, Ake, Kelly, Rico; Lerma, L Cook; Brooks, Stanislas; King, Solanke.

Substitutes: Boruc, Travers, Stacey, Gosling, Surman, H Wilson, Billing, Danjuma, Surridge.

BACA:  [VIDEO] Tahith Chong Jaringkan Gol 'Free-Kick' Persis David Beckham