Premier League 2019/20: Newcastle United 1-0 Chelsea

Keputusan seri Manchester City menentang Crystal Palace boleh dikatakan sudah dramatik dengan jaringan minit akhir hasil jaringan sendiri, Frenandinho.

Manchester City dalam situasi tidak boleh kehilangan mata jika mahu terus mengejar Liverpool, tetapi itu yang terjadi.

Perlawanan antara Chelsea dan Newcastle lebih dramatik dan pedih selepas Chelsea tewas kepada Newcastle juga melalui jaringan minit akhir.

Ketika perlawanan beberapa saat hampir tamat, Newcastle memperolehi jaringan pada minit ke-94 sekaligus mengecewakan Chelsea.

Hantaran Allan Saint-Maximin mungkin satu serangan terakhir dalam perlawanan ini dan Isaac Hayden telah melakukan satu tandukan entah kena ke tidak.

Tetapi lantunan bola itu sangat jahat dan tidak apa yang mampu dilakukan oleh Kepa Arizabalaga untuk menyelamatkan situasi.

Chelsea gagal untuk memecahkan kubu pertahanan Newcastle United dan sangat bergelut walaupun menguasai hampir 65 peratus penguasaan bola.

Newcastle XI: Martin Dubravka 6.5; Federico Fernandez 7.5, Jamaal Lascelles 7, Ciaran Clark 7; Emil Krafth 5.5 (Sean Longstaff 71, 6), Isaac Hayden 7, Jonjo Shelvey 5.5 (Matthew Longstaff 84), Willems 5 ( Matt Ritchie 12, 6); Miguel Almiron 7, Joelinton 6.5, Allan Saint-Maximin 6.5

Simpanan tak digunakan: Karl Darlow , Fabian Schar, Florian Lejeune, Christian Atsu

Chelsea XI (4-2-3-1): Kepa Arrizabalaga 6; Reece James 7 (Emerson 75, 6), Antonio Rudiger 6.5, Andreas Christensen 6.5, Cesar Azpilicueta 6.5; N’Golo Kante 7, Jorginho 6; Callum Hudson Odoi 6, Mson Mount 5.5 (Rose Barkley 67, 6), Willian 6; Tammy Abraham 5.5 (Michy Batshuayi 80, 6)

Simpanan tak digunakan: Willy Caballero, Pedro, Kurt Zouma, Mateo Kovacic,

Baca Juga

Baca Juga