Chelsea terpaksa melepaskan nombor keramat mereka ‘3’ kepada Manchester United walaupun berjaya menewaskan Wolverhampton Wanderers dua gol tanpa balas.
Kekalahan Setan Merah akan membolehkan Chelsea meraih tempat ketiga tetapi sebaliknya yang berlaku namun slot ke Champions League dalam genggaman.
Selepas 38 perlawanan Chelsea berjaya mengumpul 66 mata, sama mata dengan Manchester United namun dibezakan dengan defisit gol.
Musim yang sangat cemerlang buat Frank Lampard di mana Chelsea dikenakan sekatan dalam jendela perpindahan pemain dan bergantung harap kepada pemain muda.
4 – Frank Lampard finished fourth in his first season as a manager with Chelsea, the highest finish by a debuting English manager since Frank Clark with Nottingham Forest in 1994-95. Foundations. pic.twitter.com/vOlscHX6JR
— OptaJoe (@OptaJoe) July 26, 2020
Frank Lampard menutup mulut pengkritik dan pada awal musim Lampard berada dalam senarai teratas dan diramal menjadi pengurus pertama dipecat.
Dua gol dalam tempoh dua minit pada masa kecederaan separuh masa pertama sudah cukup untuk Chelsea menamatkan musim dengan kemenangan.
133 – There were just 133 seconds between Chelsea's first and second goals, with Mason Mount directly involved in both (1 goal, 1 assist). Quickfire. pic.twitter.com/mpAREnJNUp
— OptaJoe (@OptaJoe) July 26, 2020
Mason Mount menjadi sumber inspirasi kemenangan Chelsea dengan satu sepakan percuma yang sungguh cantik, indah dan menawan dengan teknik yang hebat.
Dua minit selepas gol sepakan percuma itu, lorongan cantik Mason Mount telah berjaya disempurnakan oleh Olivier Giroud yang pantas menyambar.
33 – At the age of 33, Olivier Giroud has become the oldest player to score in five consecutive Premier League starts, taking over from Jamie Vardy (32 years old). Zest. pic.twitter.com/2MZyWY4DTU
— OptaJoe (@OptaJoe) July 26, 2020
Giroud berjaya menyucuk bola menewaskan penjaga gol Wolves yang keluar dari kawasan sebelum sepantas kilat mengejar untuk melakukan libasan rendah ke gawang.
Musim debut yang sangat berjaya buat Lampard dan menjadi penamat tertinggi buat pengurus yang membuat debut di Premier sejak Frank Clark melakukannya bersama Nottingham Forest pada 1994/94.
CHELSEA (3-4-3): Cabellero 6.5; Azpilicueta 6.5, Zouma 7, Rudiger 7.5; James 7, Jorginho 7.5 (Barkley 88), Kovacic 7.5 (Loftus-Cheek 85), Alonso 6.5; Mount 8.5 (Pedro 85), Giroud 7 (Abraham 79), Pulisic 6.5 (Hudson-Odoi 79)
Subs: Kepa, Christensen, Tomori, Emerson
WOLVES (3-4-3): Patricio 6; Boly 6, Coady 6.5, Saiss 6; Doherty 6 (Podence 59, 6), Dendoncker 6, Neves 6 (Moutinho 59, 6), Jonny 6 (Vinagre 59); Neto 5.5 (Traore 46), Jimenez 6.5, Jota 6.5 (Jordao 84).
Subs: Ruddy, Gibbs-White, Kilman, Buu