Premier League 2019/20 : Sheffield United 3-3 Manchester United

Dua pasukan yang menggunakan nama bersatu telah menjadi satu-satunya perlawanan Premier League di malam ahad menemukan Sheffield United dan pasukan paling agung dalam peradaban bola sepak dunia, Manchester United.

Sheffield United merupakan pendatang baru di Premier League musim ini tetapi prestasi Sheffield United setakat 13 perlawanan ini tidak mempamerkan mereka pasukan baru naik ke liga utama.

Setan Merah diuji terlebih dahulu namun David De Gea menafikan percubaan Sheffield United dengan aksi menyelamat berganda yang amat padu.

Pada minit ke-18 tiada lagi ujian daripada Sheffield United apabila memanfaatkan peluang hasil kesilapan Phil Jones ketika bertahan dan dihantar ke tanah.

John Fleck tidak membazirkan peluang dan tiada lagi halangan dari De Gea untuk Sheffield United mendahului Manchester United dan kedudukan kekal hingga tamat 45 minit pertama.

Pada awal separuh masa kedua Lys Moussett tidak menunggu lama untuk menggandakan kedudukan dengan gol kedua, mudah De Gea ditewaskan melalui satu rembatan indah dari luar kotak penalti.

Ketika Sheffield United mendahului Manchester United 2-0, Bramall Lane telah bergema dengan laungan :

“There’s only one United”

– – – –

“Hanya ada satu United”

Namun Ole Gunnar Solskjaer dan anak buahnya membalas laungan itu dengan 3 gol dalam tempoh 7 minit dan di media sosial laungan ‘Comeback is real’ mula kedengaran kalau kau baca dengan kuat.

Kebangkitan Setan Merah dimulakan oleh Brandon Williams yang menjaringkan gol pertama beliau bersama Manchester United dengan satu tendangan voli separuh ketika permainan berbaki 20 minit.

Mason Greenwood yang masuk selepas gol pertama hanya memerlukan 4 minit di padang untuk menjaringkan gol penyamaan Setan Merah selepas menolak masuk hantaran Marcus Rashford pada minit ke-77.

Dua minit kemudian Marcus Rashford meletakkan Manchester United dihadapan dengan gol ketika, satu kebangkitan luar biasa dalam tempoh 7 minit.

Selepas gol ketiga Machester United itu juga telah naik satu notifikasi ada satu laman Facebook bernama Si Rashid telah menanda (Tag) nama The Sukan dalam hantaran yang dibuat.

Memang padu aksi kebangkitan Manchester United ini tetapi mereka lupa permainan bola sepak masih lagi selama 90 minit dan Sheffield United pula pasukan yang berada di atas mereka di carta liga.

Ternyata kebangkitan ini merupakan satu peristiwa yang bersifat sementara ‘awak terlalu baik untuk saya’ ibarat Phoenix bangkit sebelum mati.

Ketika Manchester United dilihat di amabang kemenangan, Oliver McBurnie muncul dengan gol penyamaan pada lewat permainan yang hanya mampu dilihat pemain pertahanan terbaik dunia.

Gol itu dirujuk kepada Video Assistant Referee (VAR) dan disambut gembira oleh Setan-Setan Merah yang merupakan satu lagi harapan palsu buat mereka.

VAR hanya melengahkan masa dan memberi masa kepada penyokong Setan Merah untuk menerima hakikat bahawa tiada 3 mata buat mereka.

Nyata keputusan VAR itu tidak disukai kerana pada pandangan mereka bola terkena lengan sebelum bola disudahkan. Seri je pun bukan kalah.

Sheffield United XI: Moore, Basham (Robinson 82), Jagielka, O’Connell, Baldock, Lundstram, Norwood, Fleck, Stevens, McGoldrick (Sharp 77), Mousset (McBurnie 67).

Subs: Luke Freeman, Verrips, Osborn, Besic.

Manchester United XI: De Gea, Lindelof, Maguire, Jones (Lingard 45), Wan Bissaka, Andreas Pereira (Greenwood 72), Fred, Williams, James, Martial (Tuanzebe 84), Rashford.

Subs : Mata, Grant, Young, Garner.

Baca Juga

Baca Juga