Premier League 2019/20: Tottenham Hotspur 0-1 Liverpool

Pasukan paling power di muka bumi, sang penakluk dunia, Liverpool power this is our year turun dalam perlawanan ke-21 bagi mencari kemenangan ke-20 di Premier League.

Liverpool yang hanya menanti masa untuk diumumkan sebagai juara secara rasmi bertemu Tottenham Hotspur, satu pasukan yang berpotensi untuk mencuri mata daripada Liverpool.

Liverpool bermula garang dalam perlawanan ini dengan asakan demi asakan seawal sepak mula membuatkan para haters mahu menyepak muka rakan disebelah.

Roberto Firmino menguji benteng Spurs seawal minit kedua dengan satu rembatan cantik yang berjaya menewaskan penjaga gol Spurs, Gazzaniga.

Tapi sayang Japhet Tanganga sudah bersedia mengeluarkan bola dan tindakan susulan daripada Oxlade-Chamberlain pula terkena tiang.

Penat lelah dan usaha Liverpool akhirnya membuahkan hasil dengan berjaya memecahkan pertahanan yang sangat padat di dalam kotak penalti.

Roberto Firmino meletakkan Liverpool dihadapan pada minit ke-36 dengan rembatan kaki kiri seterusnya menjadi gol tunggal perlawanan.

Spurs bukanlah pasukan biasa-biasa yang menyerah tanpa melawan namun Alisson Becker terlalu unggul dan kebal untuk dibolosi.

Aksi pemain muda England bawah 23 tahun, Japhet Tanganga agak memberangsangkan dan padu serta agak menonjol dalam perlawanan ini.

Pada penghujung perlawanan, Divock Origi telah dirasuk Lionel Messi apabila menggelecek melepasi 3 pertahanan Spurs persis Messi tapi sayang rembatan sedikit lemah mudah diselamatkan.

Gazzaniga juga nyata cemerlang dalam perlawanan ini dengak aksi menyelamat yang superb bagi menghalang Liverpool menambah jaringan.

Dengan kemenangan ini maka Liverpool bertambah selesa dan gayat dipuncak dengan 16 mata mendahului.

Nak banding perbezaan mata dengan Manchester United kena pakai kalkulator.

Tottenham Hotspur (3:4:3): Gazzaniga 7; Tanganga 7, Davinson Sanchez 6, Alderweireld 6; Aurier 6, Winks 6, Eriksen 5(Lo Celso 69 5), Rose 6(Lamela 69 6); Lucas Moura 7, Son 6, Alli 7

Subs not used: Vorm, Vertonghen, Dier, Sessegnon, Skipp

Liverpool(4:3:3): Alisson 7; Alexander-Arnold 6, Gomez 6, Van Dijk 8, Robertson 7; Oxlade-Chamberlain 6.5(Lallana 60 6), Henderson 7, Wijnaldum 7; Salah 7(Shaqiri 90 6), Firmino 7, Mane 7(Origi 80 6)

Subs not used: Adrian, Minamino, Phillips, Williams

Baca Juga

Baca Juga