Premier League 2019/20: Tottenham Hotspur 2-1 Arsenal

Prestasi Arsenal yang lemah dan lembik agak memberansangkan sejak dua tiga perlawanan yang lalu membuatkan sisa penyokong yang ada mendabik dada pasukan mereka adalah terhebat.

Ketika ramai penyokong Arsenal mula menunduk longlai dengan prestasi musim ini masih ada yang tidak sedar diri mengaku Arsenal masih hebat bersandarkan keputusan dua tiga perlawanan.

Pertemuan dua pasukan London, Arsenal dan Tottenham Hotspur berlangsung selepas satu lagi pasukan London terus dihantui oleh angka ‘3’.

Harry Kane terlebih dahulu menguji benteng Arsenal dengan satu cubaan lob namun Martinez lebih bersedia dengan hadangan dua tangan menutup ruang yang ada.

Alexandre Lacazette yang tenggelam timbul sejak menyertai Arsenal membuka tirai jaringan perlawanan dengan satu gol yang penuh bergaya.

Rembatan super power daripada luar kotak penalti oleh Alexandre Lacazette menyaksikan bola melencong laju menerjah jaring menuju ke penjuru.

Kelajuan bola dirembat Alexandre Lacazette nyata gagal diselamatkan oleh Hugo Lloris pada minit ke-16.

Gol pendahuluan Arsenal hanya bertahan tiga minit dan gol penyamaan hadir hasil satu lawak jenaka daripada Sead Kolasinac.

Hantaran kebelakang secara membuta tuli dan mengkhinzir buta Kolasinac yang cuba mencari David Luiz nyata mengundang padah.

Ketika hantaran dilakukan David Luiz telah berlari ke tepi dan bola menghampiri Son Heung Min yang laju menyambar.

Cubaan David Luiz untuk mengejar tidak berjaya kerana Son terlalu laju dan terpaan Martinez disusuli dengan lambungan bola yang indah ke gawang.

‘Gift atau hadiah’ Itulah yang diucapkan pengulas saat melihat gol yang dijaringkan oleh Son Heung Min.

Kolasinac buat silap, Luiz kena maki.

Pierre-Emerick Aubameyang hampir meletakkan Arsenal kembali di hadapan melalui satu rembatan padu tapi sayang percubaan itu hanya menggegar gawang.

Pada minit ke-80 berpunca daripada sepakan penjuru Son Heung Min gol kemenangan pasukan Jose Mourinho yang tidak digemari ramai terhasil.

Toby Alderweireld melonjak selepas dan mengeces bola yang laju terus ke dalam gawang tanpa mampu untuk Martinez membuat apa-apa.

Untuk musim ini di Premier League, Arsenal telah kehilangan 21 mata daripada perlawanan yang mereka mendahului terlebih dahulu.

West Ham merupakan pasukan paling banyak kehilangan mata selepas mendahului dengan 24 mata.

Ini membuktikan ARSENAL LEMAH DAN LEMBIK, asyik kena comeback je dengan lawan.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur 2-1 Arsenal

Tottenham XI: Lloris, Aurier, Alderweireld, Sanchez, Davies, Winks, Sissoko, Lo Celso (Skipp 84′), Lucas (Bergwijn 82′), Son (Lamela 90+4′), Kane.

Unused Subs: Gazzaniga, Vertonghen, Tanganga, Sessegnon, Fernandes, Ndombele.

Arsenal XI: Martinez, Mustafi, Luiz, Kolasinac (Willock 84′), Bellerin (Cedric 84′), Ceballos, Xhaka, Tierney (Nelson 84′), Pepe (Saka 70′), Lacazette, Aubameyang.

Unused Subs: Macey, Sokratis, Holding, Maitland-Niles, Torreira.

BACA:  Senarai Perlawanan Terpower Premier League Musim 2020/21