Premier League 2019/20 : Tottenham Hotspur 5-0 Burnley

Kepulangan Jose Mourinho ke Old Trafford telah dihadiahkan dengan satu kekalahan mudah dan merupakan satu keputusan yang mahu dilupakan oleh pasukan Tottenham Hotspur untuk terus memperbaiki kedudukan.

Spurs kembali bangkit dengan pernuh bergaya apabila membelasah Burnley dengan jumlah jaringan 5 gol tanpa balas dan membakar Burnley hidup-hidup.

Harry Kane memulakan pesta gol Spurs dengan satu jaringan cantik pada minit ke-5, percubaan jarak jauh dari luar kotak penalti yang hanya mampu dilihat Nick Pope sambil terbang.

Berselenag 4 minit, Lucas Moura menggandakan kedudukan ketika bola melantun-lantun tiada arah tujuan yang akhirnya ditolak masuk Moura.

Satu yang cukup sensari dari Son Heung Min yang melakukan larian solo dari kawasan sendiri merentasi tengah padang dan pemain Burnley sebelum menjaringkan gol ketiga.

Calon gol terbaik Premier League musim ini.

Kane menjaringkan gol kedua peribadi melalui satu lagi rembatan padu yang tiada belas kasihan.

Kini Kane telah menjaringka 25 gol dalam 26 perlawanan bersama kelab dan negara pada musim ini. Kane tajam seperti biasa.

Moussa Sissoko melengkapkan kemenangan 5-0 selepas bertukar hantaran dengan begitu lancar dengan Harry Kane.

Tottenham XI: Gazzaniga 6.5; Aurier 6.5 (Skipp 80′), Sánchez 7, Alderweireld 6.5, Vertonghen 6.5; Dier 6, Sissoko 7.5; Lucas Moura 7 (Sessegnon 75′), Alli 7.5 (Parrott 85′), Son 9; Kane 8.

Unused Subs: Whiteman, Rose, Eriksen, Lo Celso.

Burnley XI: Pope 5; Lowton 5, Mee 5, Tarkowski 5, Pieters 5.5; Hendrick 6, Cork 6, Brady 5 (Lennon 71′), McNeil 6.5; Rodríguez 5, Wood 5 (Vydra 65′).

Unused Subs: Hart, Gibson, Goodridge, Drinkwater, Glennon.

Baca Juga

Baca Juga