Premier League 2019/20 : West Ham United 1-3 Arsenal

Arsenal yang bergelut dengan masalah prestasi meneruskan pencarian kemenangan mereka yang semakin menjauh dan masih lagi Arsenal yang sama walaupun telah memecat pengurus kesayangan ramai, Mr. Gud Ebening.

Arsenal mencipta kebangkitan sensasi apabila menjaringkan 3 gol dalam tempoh 9 minit, benar sedaraku sekalian! 3 gol dalam tempoh 9 minit selepas mereka ketinggalan 1 gol diseparuh masa pertama.

Tiga gol dalam tempoh sembilan minit telah menamatkan kemarau kemenangan Arsenal dalam tempoh

Angelo Ogbonna terlebih dahulu meletakkan Arsenal didepan pada minit ke-38 melalui satu sundulan bebas dan Video Assistan Referee(VAR) juga mengesahkan jaringan itu.

Gabriel Martinelli memulakan aksi kebangkitan Arsenal dengan gol penyamaan pada minit ke-60 hasil bantuan gol daripada pemain pertahanan sendu, Sead Kolasinac.

Berpunca daripada gol penyamaan ini menyebabkan Nicolas Pepe kerasukan dan secara tidak sengaja telah unlocked keupayaan sebenar beliau yang dikunci dan akan dibuka mengikut fasa kerana dibayar secara ansuran.

Selepas enam minit gol penyamaan Pepe telah menyinar dan menjaringkan gol kedua bagi meletakkan Arsenal dihadapan dengan satu jaringan bola lencong.

Tidak cukup dengan itu, bagi memastikan kemenangan Arsenal dan 3 mata berharga, Pepe telah mencipta peluang gol yang disudahkan dengan satu volley oleh Pierre-Emerick Aubameyang.

Walaupun menang permainan Arsenal tidaklah sedap mana tak berbaloi bagi mereka yang berjaga didinihari tetapi mereka tajam apabila menukar 3 percubaan tepat kepada 3 gol.

Korang tengok la highlight ni selagi boleh. Kalau takdak tu maknanya kena remove.

WEST HAM (4-2-3-1) : Martin 5.5, Fredericks 6, Balbuena 5.5, Ogbonna 6.5, Cresswell 6.5 (Masuaku 51 – 5), Snodgrass 6 (Holland 78), Noble 7, Rice 6.5, Fornals 6, Felipe Anderson 5.5 (Haller 70 – 5), Antonio 6.5

Subs not used: Zabaleta, Jiménez, Sánchez, Diop

ARSENAL (4-2-3-1) : Leno 6.5, Maitland-Niles 6.5, Chambers 6, Sokratis 6, Tierney 5 (Kolasinac 29 – 6.5), Xhaka 5.5 (Guendouzi 86), Torreira 7.5, Pépé 8 (Nelson 88), Özil 6, Martinelli 7, Aubameyang 7

Subs not used: Lacazette, David Luiz,, Martínez, Saka

Baca Juga

Baca Juga