Perlawanan antara West Ham United menentang Tottenham Hotspur menjadi perlawana pembuka tirai Premier League yang kembali bersambung selepas memberi laluan kepada perlawanan antaraangsa dan perlawanan kelayakan.
Tottenham Hotspur terus menjadi tumpuan usai Premier League kembali bersambung dengan kehadiran pengurus baru yang penuh karisma yang selalu mencetuskan kontroversi, Jose Mourinho.
Tidak lama selepas mengumumkan bahawa pengurus penuh berbakat, Mauricio Pachettino disingkirkan daripada jawatannya dengan serta merta bersama Tottenham Hotspurs, pihak kelab telah mengumumkan pengganti Pochettino.
Hanya beberapa jam sahaja diperlukan Spurs untuk membuat pengumuman baru bahawa mereka telah melantik the special one, Jose Mourinho sebagai penggalas tugas yang ditinggalkan Pochettino.
#MourinhoOut didn’t take long. These UK guys aren’t slacking pic.twitter.com/dDS13GZPHZ
— Uncle Shemzz (@shemang_david) November 20, 2019
Ramai menjangkakan Spurs bakal menjadi satu pasukan yang bermain dengan meletakkan bas dihadapan gol yang sememangnya menjadi cap Jose Mourinho tanpa rasa melekit.
Semua itu tidak terjadi apabila Tottenham Hotspur dibawah kendalian Mourinho mempamerkan permainan menyerang dengan sepenuh hati.
Son Heung Min menjadi pemain Spurs pertama menjaringkan gol dibawah rejim baru Jose Mourinho dengan gol pembukaan perlawanan pada minit ke-36.
36 – José Mourinho has won all 36 of his Premier League games when his sides have been leading by 2+ goals at half-time. Inevitability. #WHUTOT
— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2019
Semuanya berpunca daripada usaha gigih Dele Alli yang sudah terjatuh namun sempat menahan bola dari keluar dan sempat menghantar bola kepada Son.
Tanpa berlengah Son membawa bola tersebut dengan riang sekali sebelum melepaskan satu rembatan dari kaki kanan dengan penuh jitu.
Jose Mourinho terus meraikan gol pertamanya bersama Spurs seperti tiada hari esok. Jose Mourinho kembali.
3 – Jose Mourinho won as many points today vs West Ham, as Mauricio Pochettino mustered in his final 12 away Premier League games with Tottenham (W0 D3 L9). Recovery. #WHUTOT
— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2019
Selang 7 minit kemudian Lucas Moura menggandakan kedudukan dengan satu tolakan ringkas selepas pantas menyambar hantaran Son Heung Min.
Tamat separuh masa pertama Spurs mendahului 2-0 dengan permainan menyerang yang sangat meyakinkan dan tiada parkir bas.
Statistik separuh masa pertama menyaksikan Spurs menguasai 65 peratus perlawanan dengan 16 percubaan dan 12 daripadanya percubaan tepat dengan dua gol terhasil.
Ok. I am told Mourinho is defensive manager. Don’t mind those morons. Come on you spurs!!! pic.twitter.com/ruV1YxV2Fg
— MOURINHO MINDSET (@onecrussh) November 23, 2019
Bersambung babak kedua, Spurs terus mengganas untuk menambah gol dan Lucas Moura nyaris menggandakan gol peribadi namun kegopohan menghalang gol terhasil.
Entah nak passing ke nak try.
Pada minit ke-49 Harry Kane menjaringkan gol ketiga Spurs melalui sundulan tajam sesedap rasa.
175 – Harry Kane is now Tottenham's outright third highest goalscorer of all-time with 175 goals, behind only Jimmy Greaves (266) and Bobby Smith (208). Bronze. #WHUTOT pic.twitter.com/eqoVCVtzFM
— OptaJoe (@OptaJoe) November 23, 2019
West Ham United kembali agak lama menunggu untuk mendapat rentak dan mula mencari gol pertama dan akhirnya ketemui melalui Michail Antonio.
Kemudian Angelo Ogbonna merapatkan kedudukan pada minit ke-90 dan gol itu agak lewat untuk West Ham United mencipta kebangkitan.
Tamat perlawanan Spurs mencatatkan 21 percubaan dengan 15 percubaan tepat dengan taktik parking bas seperti biasa dam Spurs terus memanjat ke tangga ke-6 buat sementara waktu.
Tottenham Hotspur: Lloris, Walker, Dier, Vertonghen, Rose, Wanyama, Winks, Dembele, Eriksen, Kane, Janssen.
Subs: Son, Vorm, Trippier, Alli, Onomah, Wimmer, Carter-Vickers.
West Ham United: Randolph, Antonio, Reid, Ogbonna, Cresswell, Lanzini, Kouyate, Obiang, Ayew, Payet, Sakho.
Subs: Nordtveit, Feghouli, Zaza, Adrian, Collins, Fletcher, Fernandes.